Friday, 26 July 2013

VARIASI PROGRAM RAYA DI RTM




Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan variasi rancangan khas yang akan disiarkan menerusi TV1, TV2, TVi dan stesen radio RTM sempena sambutan Aidilfitri kali ini. Pelbagai rancangan terbaik, menarik dan bermutu dijanjikan sebagai sajian istimewa untuk tontonan umum sempena menyambut ketibaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Menggunakan 'tagline' Raya Kita, nyata RTM tidak hanya menekankan rancangan hiburan semata-mata, malah tetap menonjolkan rancangan yang mempunyai mesej tersirat dan tersurat dengan tidak mengabaikan nilai-nilai murni dan keagamaan, adat serta budaya masyarakat terutama dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri. Istimewanya rancangan raya tahun ini di mana rancangan terbitan RTM menjadi keutamaan berbanding tahun-tahun lalu dalam menyokong kerja kreatif penerbit-penerbit RTM yang tidak kurang hebatnya.  

Rancangan raya TV1 dimulakan dengan Siaran Langsung Gema Takbir, hiburan Islam terbitan JAKIM pada malam raya pukul 9.30 malam. Kemudian diikuti dengan Siaran Langsung Solat Sunat Aidilfitri Dari Masjid Negara pada keesokan harinya. Saksikan Bicarawara Khas Raya : Forum Perdana Ehwal Islam pada 8 Ogos pukul 9.00 malam dengan tajuk Syawal Yang Dirai bersama moderator Dr. Ridhwan Tee Abdullah dan penceramah jemputan Ustazah Dr. Sharifah Hayati, Ustaz Zambri Shafik dan Ustaz Kamarudin Omar.

Lapan program muzikal terbitan RTM menghiburkan penonton yang menampilkan artis-artis terkenal dan tidak ketinggalan artis veteran Datuk M.Daud Kilau, Mariani, Mimi Loma, Rosmaria dan barisan artis baharu seperti Najwa Latiff, Ainan Tasneem, Forteen dan ramai lagi. Saksikan Konsert Emas Eksklusif Orkestra RTM - Datuk Yusni Hamid pada 9 Ogos, pukul 9.00 malam yang merupakan penghargaan kepada Datuk Yusni sepanjang beliau bergelar penyanyi.

Rancangan Raya Sama-Sama pada 10 Ogos, pukul 9.00 malam pula membawa konsep 'rumah terbuka' di mana artis baru dan lama digandingkan.yang menariknya rancangan ini menampilkan penyanyi asal lagu raya klasik lama seperti Rosmaria, Junainah M.Amin, Gaya Zakry dan ramai lagi.

Dentum Raya bersiaran pada 10 Ogos, jam 2.00 petang menghimpunkan lima kumpulan muzik yang pernah dinobatkan sebagai juara dan juga finalis dalam pertandingan Rentak Juara terbitan RTM. Mereka ialah NRG - Naib Juara 'Rentak Juara' Tahun 2004, Fenomena - Johan 'Rentak Juara' Tahun 2006, Aisunam - Johan 'Rentak Juara' Tahun 2008, E6 - Johan 'Rentak Juara' Tahun 2010 dan Alternature - Finalis 'Rentak Juara' 2010. Turut bersama mengiringi persembahan mereka ialah Ernie Zakri (Juara Bintang RTM), Puteri Caroline (Juara Mentor), Rina Azhar (Juara Bintang RTM), Tasha Manshahar (Youtube) dan Tom (Juara My Star LG).

Kelainan ditonjolkan dalam program Sorak Lebaran pada 10 Ogos, pukul 6.00 petang. Ia mengetengahkan atlet negara seperti Amirul Hamizan Ibrahim (angkat berat), Bryan Nickson Lomas (sukan terjun), Farah Ann (gimnastik) dan Rizal Tissin (basikal) berhari raya. Menyusul kemudiannya dua rancangan Kanak-Kanak iaitu Senyum Kambing pada 8 dan 9 Ogos, pukul 6.30 petang dan  Muzikal Anak Dunia pada 11 Ogos, pukul 6.00 yang memfokuskan tentang ekspresi kanak-kanak dalam menterjemahkan kasih sayang. Tidak ketinggalan rancangan khas untuk remaja, Xpresi Kembara  Raya, XKGIG  pada 10 Ogos, pukul 12.05 tengah hari dan Fulus pada 8 Ogos, pukul 2.00 petang.

Slot Panggung Raya dimeriahkan dengan tayangan drama Suatu Malam Di Malam Raya (8 Ogos; 12.35 tengah malam), Alahai Cucu Atuk (8 Ogos; 10.00 pagi), Ramadan Jangan Ambil Nyawaku (9 Ogos; 10.00 pagi),  Siapa Aku Di Hatimu (11 Ogos; 9.00 malam) dan Chombi Kecom (11 Ogos; 10.00 pagi). Telemovie-telemovie ini sarat dengan nilai kasih sayang dan nilai-nilai murni dengan membariskan pelakon terkenal seperti Salina Saibi, Hamdan Senario, Sheila Mambo, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Radzali Buyong, Farahdhiya, Memey Suhaiza dan Didie Alias.

Pastikan juga anda berhibur dengan Rancangan Retro Raya pukul 12.30 tengah malam mengetengahkan rancangan Pancawarna Siti Nurhaliza (1999) pada 9 Ogos, Manis-Manis Lebaran (2005) pada 10 Ogos menampilkan artis Siti Nurhaliza, Syura, Tomok, Bob AF, HMI Erra Fazira (1997) pada 11 Ogos dengan penampilan artis Siti Nurhaliza , Erra Fazira, Elji, Getaran  Aidilfitri pada 12 Ogos dan Temasya Aidilfitri (2000) pada 13 Ogos bersama artis Tok Ki, Izat, Izam, Azura, Anis, Norhaniza Idris dan Zaleha Hamid.


TV2

Hari Raya 2013, TV2 telah memilih ‘tagline’ Riuh Raya dan pelbagai filem hebat akan memenuhi ruang istirehat penonton menerusi saluran TV2 antaranya Papadom (7 Ogos; 11.30 malam), Selamat Pagi Cinta (8 Ogos; 2 petang), Ombak Rindu (8 Ogos; 10.30 malam), Duyung (9 Ogos; 2 petang) dan Madagascar (9 Ogos; 11.00 malam). Menyusul kemudiannya filem Bunohan (10 Ogos; 10.30 malam), Gangster (11 Ogos; 4.30 petang), Mantera (11 Ogos; 11.00 malam), Ratu The Movie (12 Ogos; 2.00 petang), Karipap-Karipap Cinta (13 Ogos; 2.00 petang), Zombi Kampung Pisang (13 Ogos; 10.00 malam), Tentang Bulan (14 Ogos; 2.00 petang) dan Persona Non Grata (15 Ogos; 2.00 petang).

Filem Inggeris box office di TV2 pukul 10.00 pagi pula membariskan filem Shark Tale (14 Ogos), Antz (15 Ogos) dan Up (17 Ogos). Menyusul School Break Special Raya, jam 10.00 malam mengetengahkan filem Lord Of The Rings : The Fellowship of The Rings (16 Ogos), Lord Of The Rings : The Two Towers (17 Ogos) dan Lord Of The Rings : The Return of The King (18 Ogos). Menerusi slot Golden Dragon Khas Raya saksikan filem Neighbours pada 15 Ogos, pukul 10.00 malam dan satu-satunya filem Bollygood bertajuk Om Shanti Om disiarkan pada 14 Ogos, pukul 10.00 malam.

Empat drama menarik turut dijanjikan bermula drama komedi raya, Murai Pak Murad (8-10 Ogos; 7.00 malam), Barakah (9 Ogos; 9.00 malam), 4 Beradik (10 Ogos; 9.00 malam) dan Bapa-Bapa Aidilfitri (10 Ogos; 2.00 petang) lakonan Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Mamat Sepah, Shakilla Koriri, Jon Raja Lawak, Man Belon dan Nor Azilah mengisahkan tiga orang bapa terdiri daripada Pak Wira, Pak Ngok dan Pak Pon yang tinggal di rumah kebajikan. Mereka rasa terpinggir oleh anak masing-masing dan pada tahun ini berhasrat menyambut Hari Raya bersama anak-anak. Namun satu peristiwa yang menyayat hati telah berlaku yang berkesudahan dengan seribu erti kebahagiaan. 

Riuh Raya di TV2 dilengkapkan dengan program hiburan terbitan RTM menampilkan artis-artis terkenal dalam Akustika Syawal (7 Ogos; 9.30 malam), Konsert Sanggar Lebaran Siti Nurhaliza (8 Ogos; 9.00 malam), Konsert Nyanyian Serambi Ramli Sarip (11 Ogos; 9.00 malam), Candawara Raya : Yang Luar Biasa (9 Ogos; 5.00 petang) dan dua Muzikal Kanak-Kanak, Juara Raya (8-11 Ogos; 10.00 pagi) dan 1 Bulan 3 Bintang (8-13 Ogos; 10.30 pagi).


TVi (Saluran 180 Astro)

Tampil dengan ‘tagline’ Syawal DiHati, TVi pula memenuhi citarasa penonton dengan kelainan program radio interaktif persembahan empat stesen radio RTM secara langsung dari Angkasapuri menerusi Saluran TVi, eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu i Nasional (8 Ogos; 9.15 pagi), KL Aktif (12 Ogos; 9.15 pagi), i Bagus Bah (13 Ogos; 9.15 pagi) dan Sarawak Aktif (14 Ogos; 9.15 pagi).

14 telemovie khas Syawal turut disiarkan mengisi slot Wayang-i, pukul 12.00 tengah hari iaitu Untung Atas Angin (5 Ogos), Bahulu Celup (6 Ogos), Hijabista Kampung (7 Ogos), Man Jenggo (8 Ogos), Apabila Aidil Jumpa Fitri (9 Ogos), Chef Aidilfitri (10 Ogos), Syawal Buat Abang (11 Ogos), Rembau Ada Wifi? (12 Ogos), Tukang Jahit Tak Raya (13 Ogos), JBS 51 Kereta Cikgu Rizwan (14 Ogos), Buluh, Baju & Baba (15 Ogos), Sejernih Taubat Syawal (16 Ogos), Raya Yang Paling Raya (17 Ogos) dan Tutty Polka Dot (18 Ogos). Menariknya telemovie-telemovie yang disiarkan sepanjang Syawal ini dibintangi artis terkenal tanah air selain bermacam plot kisah berbeza dalam merancakkan sambutan Aidilfitri.  

Dalam slot Skrin-i menyiarkan drama muzikal bersiri tujuh episod, Akhirnya Siti Umbrella Balik Kampung mulai 6 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6.00 petang.  

Saksikan tiga rancangan hiburan muzikal khas raya mengisi slot Hoorey-i iaitu Cinta, Cinta, Cinta; komedi raya mulai 8 hingga 10 Ogos, pukul 8.00 malam dan Konsert: Aidilfitri Di Hati Mempesonakan MELAKAfm-TVi pada 8 Ogos, pukul 9.00 malam; Konsert hiburan khas Hari Raya Aidilfitri kerjasama antara TVi dan MELAKAfm menampilkan artis-artis popular tanah air seperti Tasha Manshahar, Syed Shamim, Alif Satar, Azlina Aziz, Wann dan Rahimah Rahim di Tapak Pasar Tani UTC, Melaka. Menyusul kemudiannya program kerjasama NASIONALfm dan saluran TVi, Teluk Belanga Selendang Moden pada 9 Ogos pukul 9.00 malam menampilkan pelbagai lagu raya yang dinyanyikan oleh artis-artis baharu dan juga kehebatan suara DJ-DJ radio NASIONALfm mendendangkan alunan lagu raya.  Antara artis yang terlibat Alif Satar, Awie Rafael, Ezlynn dan Syed Shamim.

Tidak melupakan insan yang kurang bernasib baik, TVi turut menyiarkan rancangan aktiviti amal saluran TVi bersama mereka menerusi dua episod program i@Hati Khas Raya pada 10 dan 11 Ogos di mana mereka mengunjungi Rumah Harapan Gulau, Sik, Kedah dan Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin, Melaka. Saksikan Muaz dan Aisha BRTM membantu membuat persiapan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Rumah Harapan Gulau disertai Sofian Bujang, Eyeja Arshad, Alif Kadim dan Arnizam. Manakala menerusi episod berikutnya menyaksikan Alif Satar, Tasha Manshahar dan Syed Shamim bersama ikon-ikon TVi seperti Sonic Hussien, Eyeja Arshad, Alif Khadim dan Seri Nabila meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan warga pusat tersebut.


LIZA AZIZ dan Azlina Aziz,,,,

No comments:

Post a Comment