Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANUGERAH LAWAK WARNA MERIAH










Anugerah Lawak Warna yang julung kali dianjurkan Astro sesuatu yang pasti menggembirakan kalangan pelakon yang sering mendapat watak sebagai pelawak dalam filem, drama mahu pun sitcom.

Dan lebih mengejutkan lagi apabila pemenang yang menerima anugerah terdiri daripada pelakon yang jarang membintangi cerita lawak sebagaimana yang diterima oleh Lisa Surihani yang melakonkan watak Dian untuk filem 'Istanbul Aku Datang".

Lisa berjaya mengalahkan pesaing yang sememangnya sering berlawak seperti Yana Samsudin, Intan Ladyana, Sharifah Shahira mahu pun Sharifah Amani bagi merebut gelaran Pelakon Komedi Wanita Terbaik.

Ketika Lisa menaiki tangga pentas bagi menerima hadiah dapat dilihat beliau sendiri seperti terkejut dan tidak menyangka boleh memperoleh gelaran tersebut memandangkan beliau sendiri mengakui bukannya seorang pelakon komedi.

"Kemenangan ini mungkin kerana saya dapat menjiwai watak Dian tetapi sebenarnya saya bukanlah seorang pelawak dan terasa pelik juga bila menerima gelaran ini, " ujar Lisa kepada media.

Selain Lisa, kemenangan Jep Sepahtu memenangi anugerah Artis Lawak Lelaki Paling Popular berdasarkan undian umum sesuatu yang tidak kurang mengejutkan apatah lagi pesaingnya hebat belaka seperti Zizan Razak, Dato AC Mizal, Johan dan Yus Jambu.

Pun begitu melalui pemilihan juri, Zizan Razak memperoleh kemenangan sebagai Pelakon Lelaki Komedi Terbaik (Filem) mengetepikan Johan, Shaheizy Sam, Que Haidar dan Along.

Kemenangan Zizan sudah dijangka memandangkan namanya masih berada dalam senarai pelakon terbaik dan popular apatah lagi Zizan sentiasa tampil mesra dan melayan setiap peminatnya dengan senyuman dan teguran.

Sebagai majlis yang julung kalinya dianjurkan di Istana Budaya ini, Anugerah Lawak Warna tidak menghampakan malah segmen persembahan dengan menampilkan sketsa lawak serta nyanyian antara penyampaian hadiah cukup menarik.

Yang paling dibualkan dan menarik sudah tentu persembahan nyanyian Que Haidar, Khir Rahman menyampaikan lagu dalam filem "Rock O" yang turut menampilkan kemunculan pengarahnya, Mamat Khalid.

Selain itu, sketsa oleh kumpulan Sepahtu membuatkan hadirin tidak lekang dengan gelak ketawa melihat gelagat mereka melakonkan watak Hang Tuah, Lekir dan Jebat.

Cuma persembahan penutup agak kurang menarik dan tidak kuat untuk finale. Pun begitu, tahniah pada produksi dan team Astro atas penganjuran Anugerah Lawak Warna yang gemilang itu.

Senarai keputusan penuh:
Anugerah Terbaik Oleh Juri Professional
Filem Komedi Terbaik : Istanbul Aku Datang
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) : Zizan Razak
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) : Lisa Surihani
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) : Sabri Yunus
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) : Jasmin Hamid
Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (bersiri) : Maharaja Lawak Mega 2012
Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (bukan bersiri) : Warna Raya 2012
Siri TV Komedi Terbaik : Keluarga Iskandar
Siri Komedi Kanak – Kanak TV Terbaik : Oh My English
Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem) : Istanbul Aku Datang
Lakon Layar Komedi Terbaik (TV) : 7 Dulang Asam Pedas
Skrip Komedi TV Terbaik : Megat Fauzi Sukarnain ( Kampung Semarah Padi )
Skrip Komedi Filem Terbaik : Mamat Khalid ( Rock Oo )
Pengarah Komedi Terbaik (TV) : Azizi Chunk Adnan ( 7 Dulang Asam Pedas )
Pengarah Komedi Terbaik (Filem) : Bernard Chauly ( Istanbul Aku Datang )

PERSEMBAHAN AIZAT dan Noh Salleh,,,Foto Farish Ayub

Anugerah Popular Undian SMS
Artis Lawak Lelaki Paling Popular : Jep Sepah
Artis Lawak Wanita Paling Popular : Didie Alias
Segmen Komedi Radio Paling Popular : Sketsa Johara
Video Viral Original Paling Popular : Drama – Drama Sebelum Kahwin oleh Matlutfhi90

QUE HAIDAR dan Khir Rahman serta Mamat Khalid

GANDNGAN AC Mizal dan Neelofa serasi...

Tiada ulasan: