Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

35 ARTIS TERIMA SUMBANGAN RM2K DARI YA1M

ANTARA artis-artis YA1M yang hadir di Restoran Saloma baru-baru ini.

Seramai 35 artis daripada pelbagai bangsa dan agama berusia lebih 60 tahun terpilih untuk menerima sumbangan RM2,000 seorang daripada Yayasan Artis 1 Malaysia yang diterajui Presidennya, Dato DJ Dave baru-baru ini.

Penyampaian sumbangan  dilangsungkan sempena majlis Iftar YA1M  bertempat di Restoran Saloma  baru-baru ini di mana program di dahului dengan ceramah oleh Ustaz Don Daniyal bertajuk 'Selebriti dan Pengaruhnya Terhadap Masyarakat."

Seramai 70 artis terdiri daripada pelakon, penyanyi  komposer dan  pemuzik  hadir di mana kemuncak penyampaian i dimulakan dengan penyerahan  anugerah Tokoh Seni YA1M 2013 kepada pelakon dan pengarah tersohor, Datuk Rahim Razali.

RAHIM Razali menerima anugerah Tokoh Seni YA1M yang sepatutnya diterima tahun lalu.



Pemberian itu sepatutnya berlangsung tahun lalu namun di sebabkan ketika itu Rahim Razali berada di hospital menjalani pembedahan maka ia tidak dapat disampaikan sehinggalah pada majlis berkenaan yang berlangsung.

Antara penerima  bantuan Hari Raya terdiri daripada antaranya Afida S, Ismail Mahmud, Datin Nazliah Hamid,  Nurli Ismail,  dan ramai lagi.

Kaum asing yang turut menerima sumbangan antaranya pula ialah Oh Kee (komposer), Suntheresan Palani (pelakon), Loh Swee Fa (penyanyi), Meenachey Sundram (pemuzik) dan enam orang lagi.
Penulis (dua, kanan) bersama Rahim Razali dan A. Rahman Hassan.

Sejak ditubuhkan pada  25 Jun 2012, YA1M yang antara objektifnya untuk menjaga kepentingan artis-artis yang jatuh sakit, memerlukan bantuan dan ditimpa kemalangan khususnya golongan yang mencecah 60 tahun ke atas telah memberikan sumbangan setiap tahun hadirnya bulan Ramadan.




Malah mereka yang menerima sumbangan tahun ini termasuk Ifa Raziah yang berada di Hospital bagi pembedahan ketulan di payu daranya manakala bantuan RM3,000 juga telah dihulurkan  kepada Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini semasa beliau berada di hospital.

  Sebagai aktiviti lain seterusnya YA1M  bakal mengadakan Kejohanan Badminton Piala YA1M di antara artis dan media di mana seramai 50 orang dijangka terlibat.

Turut hadir pemimpin-pemimpian YA1M yang lainnya seperti Datuk Yusof Haslam dan  Datuk A. Rahman Hassan serta barisan anggota jawatankuasa YA1M lainnya.


ISMAIL Mahmud (dua, kanan) antara penerima RM2,000 dari YA1M baru- baru ini,

Tiada ulasan: