Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SERTAI FIESTA GETTHISS, BERHIBUR SAMBIL NIAGA


Berniaga sambil berhibur....itu antara matlamat penganjuran karnival Fiesta Getthiss yang bakal berlangsung di pekarangan MITC Melaka selama tiga hari berturut-turut pada 8 hingga 10 September depan.

Barangkali ko orang akan bertanya berniaga macam mana dan berhibur apa ya tak?

Jawapannya..... teruskanlah membaca nya....hihi...

Secara ringkas Kak Fas mulakan dengan hiburan dahulu lah sebab sudah tentu ramai yang suka menghiburkan hati dulu ya tak...

Ok... bagi peminat rock dan artis legenda seperti Dato Awie & Wings mahu pun Dato M. Nasir.... jika sudah lama merindukan persembahan mereka... then ko orang boleh lah merantau ke Melaka Bandaraya Bersejarah ity pada tiga hari yang Kak Fas nyatakan di atas.

Ini kerana di situah akan berlangsungnya satu pesta besar-besaran yang melibatkan golongan peniaga online, berpeluang menyaksikan Konsert yang bukan sahaja dijayakan oleh dua nama terbesar dalam industri hiburan yang Kak Fas sebut di atas tetapi turut melibatkan gabungan artis baharu dan lama yang masih menyengat sehingga kini terdiri daripada Saiful Apek, Yasin Senario, Epul, Talam Raja Lawak,Kumpulan Khalifah mahu pun yang sedang meletop sekarang iaitu Aiman Tino.

Pada malam 9 September, ko orang berpeluang menyaksikan persembahan  panas Raja Rock, Dato Awie dan Dato M. Nasir berkongsi pentas.

JIka tidak mahu putih mata eloklah cepat menempah tiket yang dijual pada harga RM98 dan RM500 bagi tiket VVIP.

Nak tahu bagaimana konsep dan persembahan kedua-dua lagenda dan artis-artis lain yang terlibat tak perlulah Kak Fas huraikan di sini ya ... nanti tak ada 'surprise' pulak jadi elok lah ke sana sahaja jika nak tengok....





Beralih bab perniagaan pula... soalan pertama yang pasti ko orang mahu tahu.. malah Kak Fas juga apabila hadir ke sidang akhbarnya baru-baru ini agak 'blur' mengenai apa itu Getthiss.

Ya lah jika di alih bahasakan perkataan gabungan inggeris 'getthiss' ini sudah tentu bermaksuk 'dapatkan ini'.... tetapi dapat apa ya?

'Getthiss'  menggabungkan peniaga-peniaga 'online' yang diusahakan oleh Getthiss Innovation Sdn Bhd dengan rakan strategiknya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Tujuannya untuk memperkenalkan beberapa platform baharu yang boleh diguna pakai oleh usahawan baharu dan lama bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Al kisahnya... pada fiesta yang bakal berlangsung kelak merupakan medan terbaik untuk memberikan pendedahan terhadap teknik berkesan perniagaan online, cara mengelola laman web dan beberapa ilmu penting dalam meningkatkan jualan dengan sistem yang cekap, efektif melalui pusat perniagaan online.iaitu 'Getthiss Marketplace.'




"Kami mensasarkan penyertaan golongan peniaga baharu mahu pun lama untuk sama-sama menyertai Fiesta Getthiss dan merebut peluang berkongsi tips dan teknik yang betul bagi menjana pendapatan," ujar Pengarah Operasi Getthiss, Encik Shahril Hishamudidin ketika ditemui.

Menurutnya, di samping pelbagai kelas yang akan dibuka kepada pengunjung terdapat beberapa acara lain selain hiburan seperti auto fest malah pengunjung boleh menikmati sajian enak yang disediakan oleh lebih kurang 70 peniaga food truck yang sudah mengesahkan kehadiran.

Dan dalam mana-mana fiesta, sudah tentu pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang akan disediakan piha penganjur bagi meraikan pengunjung terpilih.

Ok pendekkan cerita,. sesiapa yang berminat untuk turut serta dengan membeli ruang pada harga mampu milik dalam RM1,500  boleh layari link GETTHISS ini. Malah boleh layari juga facebook/getthisglobal atau Instagram/getthiss.global.

Dijangka kira-kira 30,000 pengunjung akan hadir pada FIesta Getthiss malah sempena perhimpunan besar itu juga akan diperkenalkan aplikasi baharu - Get Halal, Get Mall dan Get Shoppe.

Melalui aplikasi Get Halal, contohnya, ia tidak sekadar menunjukkan restoran halal semata-mata tetapi turut sama menjadi medan terbaik bagi mereka yang mencari surau atau masjid berdekatan, menentukan arah kiblat, waktu solat dan beberapa hal lain berkaitan.

Menariknya aplikasi ini boleh digunakan di beberapa negara lain dan boleh didapati secara percuma melalui Google PlayStore dan AppStore pada sedikit masa lagi.

Jadi apa lagi jom belajar bisnes dan berfiesta di Melaka u alls....







Tiada ulasan: