Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'KOPI SENTUL MOCHA SANTORINI' TAMPIL KEINDAHAN GREECE


Pernah kah anda berkunjung ke Santorini?

Di mana agaknya? Santorini, terletak di Greece, merupakan sebuah pulau yang sangat terkenal sebenarnya. Memiliki keluasanhanya 73 km persgi, anda bakal melihat keindahannya melalui drama bersiri 'Kopi Sentul Mocha Santorini' yang akan bersiaran bermula 4 Februari ini, pukul 11.05 malam di TV1 setiap Khamis dan Jumaat.

Drama 26 episod ini yang menampilkan pelakon utama Janna Nick dan Riz Amin selain turut dibantu Talha Harith, Erry Putra, Emelie Hanif, Ku Fridah, Mahmud Ali Bashah, Mandy Chong dan Lia Natalia telah memilih Santorini sebagai lokasi penggambaran utama,sesuai dengan tajuk cerita.

Santorini, menjadi lokasi paling ideal untuk melihat pemandangan matahari terbenam. Bayangkan anda berada di pinggir tebing sambil menikmati pemandangan memukau Santorini. Dan segala keindahan ini dijelmakan dan dikongsi bersama penonton dalam drama berkenaan

Cerita berkisar mengenai  dilema dihadapi si anak mahu memilih antara keluarga dan cinta sejati juga konflik kekeluargaan yang dihadapi watak utama Azam dan Alya.


Azam, seorang usahawan mendapat panggilan kejutan daripada pekerja kedai café milik adiknya Adriana memberitahu pengurus café tersebut telah lari. Azam yang ketika itu sibuk dengan kerjanya, terpaksa pergi ke sana dan menyelesaikan masalah disana. Alya yang bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah kedai kopi di Sentul tidak sengaja menumpahkan kopi ke atas pelanggan bernama Azam. Azam memarahi Alya dan pengurus di kedai kopi itu hingga Alya dibuang kerja.

Alya kemudiannya bekerja sebagai pembantu kepada Cikgu Azimah, guru adiknya Anum yang cacat pendengaran. Azam dibelenggu rasa bersalah cuba mencari Alya untuk meminta maaf. Sementara itu Tengku Azlin, anak kenalan Datin Julia, ibu Azam menawarkan dirinya untuk membantu menguruskan café milik adik Azam, Adriana. Azam bersetuju.

Alya kemudiannya menghadiri temuduga dan diterima bekerja sebagai pelayan di café milik Alya. Dia terkejut mendapat tahu Azam abang pemilik café tersebut. Sejak kehadiran Alya, Azam semakin kerap ke situ dan jatuh cinta pada Alya. Namun Alya pula tidak melayannya.

Sementara itu Asri, bapa Alya melarang keras hubungan Anum dengan Cemong, anak jirannya. Alasannya Cemong tiada wawasan hidup. Namun Cemong tidak putus asa dan meyakinkan Asri dia ikhlas terhadap Anum. Cemong nekad mengusahakan perniagaan kuih ibunya secara komersil.


Hubungan Azam dan Alya mendapat tentangan hebat Datin Julia. Dia mahu menjodohkan Azam dengan Tengku Azlin. Datin Julia mengugut Alya meninggalkan Azam hingga memaksa Alya menerima tawaran café Adrianna untuk menjalani latihan kerja di Santorini, Greece. Azam kecewa. Hubungan Datin Julia dengan suaminya Dato Azman mula bergolak bila dia mendapat tahu Cikgu Azimah adalah anak kandung Dato Azman dengan bekas isterinya. 

Dua tahun kemudian Alya masih di Greece. Adrianna menyarankan agar Azam menjejak Alya ke sana. Dia mahu Azam bahagia bersama wanita yang dicintainya itu. Akhirnya mereka bertemu semula. Kesungguhan Azam mencairkan hati Alya. Namun timbul pula konflik bila ayah Alya menyuruhnya pulang ke Malaysia dan berkahwin dengan Hafez, anak rakan kongsi perniagaannya, Budin.


Datin Julia terus-terusan menghalang hubungan Azam dengan Alya. Dia tetap mahukan Tengku Azlin sebagai menantu. Pada masa sama dia merancang niat jahat terhadap Azimah yang dianggap mahu merampas harta suaminya. Situasi itu turut mengganggu hubungan Azam dan Alya. Azam menyokong ibunya manakala Alya mahu membantu Azimah mempertahankan haknya.

Alya cuba membuatkan Azam putus asa dengan hubungan mereka mengatakan dia akan bertunang dengan Hafez. Azam kecewa lagi. Alya lari balik ke Malaysia. Azam juga kembali ke Malaysia, hatinya terlalu kecewa menyebabkan Azam menjadi semakin murung.

Hingga satu ketika Azam pula mengugut Alya dia akan berkahwin dengan Tengku Azlin. Mereka yang saling mencintai rasa terseksa dengan situasi itu. Ugutan Datin Julia mahu menghancurkan perniagaan ayahnya membuatkan Alya lari semula ke Greece. Azam segera mengejar Alya.

Azam terdengar perbualan ibunya dengan Azlin dan segala berbuatan Datin terbongkar. Azam terlalu marah, lari keluar dari rumah tapi malangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Di rumah Dato Azman diserang sakit jatung akibat sikap Datin yang melampaui batas.

Azam koma dan sebaik sedar dia disahkan menghidap amnesia dan langsung tidak mengenali Alya. Lalu apakah kesudahan cinta mereka? 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.