Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'BODYDREAM COCO-S' MAMPU TURUNKAN BERAT BADAN IDAMAN


#ADVERTORIAL

Kak Fas bukanlah seorang yang seperti mana kawan Kak Fas, blogger Misz Ella kata, “ Kak tak adventurous bab makanan”

Ya… memang benar kata Misz Ella… pergi lah merantau jauh mana sekali pun… lidah Kak Fas tidak boleh menerima sesuatu yang rasa lain daripada kebiasaan masakan Melayu haha…


Sebab itu bila ke luar Negara Kak Fas agak sukar untuk memilih makanan yang sesuai dengan tekak waima pizza atau lasagna mahu pun hot dog atau yang setaraf dengannya sekali pun memang Kak Fas tak minat.

Yang Kak Fas cari dan suka makan adalah roti disapu mentega seperti croissant ke, roti bun ke.. apa sahaja lah asalkan roti. Sebab itu rakan-rakan Kak Fas dah tahu dah… bila nampak roti mereka akan terus tunjukkan kepada Kak Fas hihi…

Kira Kak Fas boleh hiduplah dengan roti cicah kopi… huhu… senang kan kalau jadi penggembara boleh jimat wang ….

Selain itu sejak muda hingga dah beranak pinak  kini Kak Fas memiliki tubuh yang gempal dengan berat antara 65 kg (masa remaja) hingga 78 kg (terkini).

Sebelum kahwin kira ok lah badan sedap kata orang ..hihi…dan sekali pun sepanjang hidup Kak Fas tidak pernah mengambil sebarang produk menguruskan badan. Jika berat turun pun adalah semula jadi….tiada kaitan dengan ‘diet’ … jauh sekali makan produk kuruskan badan..

Bukan soal tidak percaya pada mana-mana produk yang kini berlambak di pasaran tempatan tetapi tekak Kak Fas tidak dapat menerima sesuatu yang rasa pelik apatah lagi jika fiber yang terkandung dalam minuman atau makanan itu sangat terasa…

Tetapi baru-baru ini, Kak Fas menerima satu undangan untuk hadir ke majlis memperkenalkan produk bernama  ‘Bodycream COCO-S Slimming Drink’ diusahakan oleh pasangan  Puan Sarra Shahrin, pengasas Body Dream Coco-S dan suaminya, Encik Hafiz. 

Sebenarnya pemergian Kak Fas ke acara itu bukanlah dengan niat nak turunkan badan tetapi sekadar menerima jemputan dan ambil tahu apakah produk yang mahu diwarr-warkan itu.

Tak sangka pula bila tiba di majlis, kena ikuti Cabaran 15 hari Body Crean Coco-S  di mana kesemua bloggers yang hadir perlu menyahut cabaran turun berat badan dalam masa 15 hari seperti yang diwar-warkan.

Setiap seorang diperlukan mengisi borang dengan maklumat peribadi seperti berat badan sekarang dan berat badan yang dikehendaki.



Selepas diberikan sedikit penerangan mengenai produk oleh Sara  dan  Hafiz  kesemua bloggers diberikan sepaket seorang untuk diminum.

Kala ini lah Kak Fas rasa sedikit resah maklumlah seperti yang Kak Fas nyatakan sepanjang hidup tak pernah makan sebarang produk ;slimming.



Sesi minuman dimulakan dengan demonstrasi oleh Elly Rahman kepada blogger Miera Nadhirah  dan sebaik sahaja satu 'sip' Miera senyum sambil berkata, 'sedap... rasa koko."

Lega mendengarnya... kalau betul-betul rasa koko bolehlah kut fikir Kak Fas dalam hati.
Jadi nak tak nak, demi 'sporting' kata orang Kak Fas pun mula membancuh paket yang diberikan.

Mula2 Kak Fas minum sikit sahaja... emmm memang rasa macam 'hot chocolate". Kak Fas memang suka 'hot chocolate' terutama 'hot chocolate' di London... Eh! jauh pulak sampai ke London Kak Fas nak bandingkan kesedapannya minuman cokelat panas ini.

Jadi... memandangkan tiada rasa sebarang fiber yang pelik pada tekak kecuali rasa koko maka Kak Fas teruskan cabaran yang diberikan.



Namun selepas itu apabila penganjur memberikan pula setiap seorang sebungkus nasi lemak rasa macam pelik pula... Nak suruh 'slim' macam bentuk 'S" gitu tetapi dihulurkan pula nasi lemak.... macam tak berbaloi  keberkesanannya nanti fikir hati lagi.

Namun teringat kata-kata aluan Puan Sara, "dengan meminum produk ini ko orang tak perlu nak berdiet, boleh makan apa sahaja namun berat badan tetap turun."

Jadi pemberian nasi lemak dan hidangan yang disediakan petang itu bukti kata-kata Sara berkenaan.... makanlah apa sahaja janji setiap hari semasa sarapan pagi harus minum Coco-S.

Oh gitu!

Pelbagai aktiviti diadakan pada majlis berkenaan tetapi sayang sekali Kak Fas tidak dapat mengikutinya dan terpaksa pulang awal disebabkan ada hal lain yang perlu diselesaikan, Jadi apa yang berlaku selepas itu tidak dapatlah Kak Fas nak ceritakan pada u alls cuma kalau nak tahu mengenai kandungan produk berkenaan silakan terus membaca di bawah ini ya...

Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Body Dream Coco-S. meliputi Garcinia Cambogia (malabar tamarind).

Dua bahan utama itu dikatakan  antara bahan paling selamat dan berkesan dalam menurunkan berat badan sekali gus menurunkan kadar kolesterol.

Ia turut mengandungi daun Guarana yang menghasilkan kaffein, mampu meningkatkan metabolisma badan. 

Kandungan lain sepeti  Swiss Coco, Flax Seed dan Grape Seed Extract turut membantu dalam penurunan berat badan malah selamat diminum ibu-ibu yang masih menyusukan bayi.

Kata Sara, tiada kesan sampingan apabila meminum produk ini malah pengambilannya mampu menegangkan kulit yang kendur, mengurangkan selulit waima membentuk tubuh badan "S' yang diidamkan setiap wanita.


Sejak mula mengambilnya pada majlis cabaran berkenaan, hari ini merupakan hari terakhir Kak Fas mencubanya. Sebab itu jugalah Kak Fas tidak mahu terburu-buru menyiarkan entri ini awal walau pun sudah ada di antara rakan-rakan blogger sudah pun 'publish' entri masing-masing.

Barangkali Kak Fas orang terakhir menyiarkan 'story' ini  sebab Kak Fas mahu tahu kesannya selepas 15 hari. 

Dan iini pendapat Kak Fas berhubung minuman Bodydream Coco-S yang menyerlah dengan tagline 'Your Body Dream" yang jika dialihbahasakan ke Bahasa Melayu berbunyi 'Tubuh Idaman Anda".gitu..

Jadi apa kesannya? 

Jika tak silaplah selalunya apabila Kak Fas timbang berat badan, jarumnya tidak lari daripada angka antara 76-78 kg.... cuma pada hari pertama minum produk Kak Fas terlupa pula nak cek berat badan. Barangkali sekitar itulah juga.


Sepanjang 15 hari meminumnya, kini berat badan Kak Fas menunjukkan angka lebih kurang 72 kg .. kadang 71kg kadang 73 kg begitulah... jadi barangkali Kak Fas mampu turunkan kira-kira 5 hingga 6 kg dalam masa 15 hari.

Badan rasa ringan dan selera makan agak kurang walau pun di hadapan mata tersedia juadah lazat-lazat belaka maklumlah Kak Fas sering ke majlis-majlis jadi pilihan makanan banyak terutama sekali Kak Fas ni penggemar 'dessert' atau pemanis mulut.





















Tetapi setelah minum Coco-S setiap hari, nasi pun dah kurang nak makan. Mungkin disebabkan dengan minuman itu lidah Kak Fas rasa pahit dan tekak kering jadi asyik dahaga air sahaja.
Itulah sebenarnya yang dinasihatkan oleh Sara mahu pun Elly iaitu minum air banyak.

Cuma sekarang ni Kak Fas nak uji diri sendiri pula.. .. apakah tanpa Coco-S Kak Fas boleh 'maintain' berat badan 72 kg atau akan naik apabila berhenti.



Jika stabil alhamdullillah tetapi jika naik then bermakna Coco-S perlu sentiasa dalam simpanan.

Melihat pada testimoni-testimoni pengguna melalui website official Body Dream Coco-S kebanyakannya melahirkan rasa puas hati dengan produk kerana mampu memberikan bentuk badan dan berat badan ideal masing-masing.



Pendekata, inilah satu-satunya produk yang nampak berkesan pada diri Kak Fas dan satu-satunya juga yang pernah Kak Fas cuba walau pun sebelum ini dapat berlambak produk-produk kesihatan mahu pun kelangsingan  pelbagai jenama... tetapi semuanya Kak Fas 'sedekahkan' pada kawan-kawan.

So jika ada yang nak cuba try kata orang, bolehlah menghubungi pihak Body Dream Coco-S untuk mendapatkan produk yang dijual pada harga RM95 sekotak 

Info lanjut  layari  laman web https://bodydreamhq.wordpress.com atau ikuti Instagram mereka di https://www.instagram.com/bodydream.official/

Mana tahu Hari Raya akan datang anda akan mendapatkan tubuh yang diimpikan selama ini jadi bolehlah bergaya dengan baju kebaya ya tak? hihi...