Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LENA DIULIT MIMPI SEMALAM DI HOTEL RENAISSANCE KL



Assalamualaikum..


Memandangkan kita masih di bulan Syawal ... Kak Fas nak ucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya...

Maaf... di sebabkan buat pertama kalinya  'percutian raya' Kak Fas tahun ini di perantauan iaitu di Banda Acheh, Indonesia makanya lambatlah Kak Fas nak update dalam blog ini.

Pun begitu...jasa dan budi baik pembaca setia Kak Fas sekelian amat dihargai kerana sabar menunggu 'story' selanjutnya dari Kak Fas kan?

Ok buat pembuka tirai penulisan selepas Raya ini... Kak Fas nak 'story' mengenai pengalaman ringkas sehari semalam 'beradu' di sebuah hotel bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur semasa bulan Ramadan lepas.

Sekali lagi.. Kak Fas minta maaf khususnya pada pihak hotel kerana lewat 'upload' perihal 'staycation' Kak Fas tempoh hari... maklumlah dilanda 'mood' Raya katakan.... huhu...

Ok ini al kisahnya................

Jalan Sultan Ismail bukanlah sebatang jalan yang asing bagi warga kota kosmopolitan Kuala Lumpur.

Ia antara jalan paling sibuk menghubungi kawasan segi tiga emas di mana terletaknya beberapa bangunan ikonik Negara seperti Menara Kembar Petronas termasuk pusat membeli-belah ternama seperti KLCC mahu pun Pavilion dan persekitarannya.

Di pesisiran jalan ini jugalah terletaknya beberapa hotel lima bintang ternama di mana antara yang paling strategik terletak di simpang empat, tentunya Hotel Renaissance Kuala Lumpur atau ringkasya Hotel REN.

Boleh dikatakan saban hari Kak Fas melalui jalan yang paling sibuk ini dan setiap kali berhenti di persimpangan lampu merah mata pasti tertumpu pada Hotel REN…

Sewaktu bertugas sebagai wartawan di Kumpulan Utusan, banyak kali juga Kak Fas berkunjung ke Hotel REN bagi menghadiri pelbagai majlis yang dianjurkan di situ sehinggalah membawa Kak Fas berkenalan rapat dengan Pegawai Perhubungannya ketika itu, Aizan Hamid (bawah).


Namun dalam banyak acara yang membawa Kak Fas ke Hotel Renaissance.. paling yang dikenangkan adalah ketika hadir ke majlis sidang media artis terkenal dan popular Bollywood… siapa lagi jika bukan Shah Rukh Khan.

Iulah kenangan yang paling Kak Fas tidak dapat lupakan…

Nak tahu kenapa ia melekat dalam minda Kak Fas?

Mana tidaknya… Kak Fas terpaksa tunggu kehadiran Shah Rukh Khan lebih dua jam tak tiba-tiba…. sehinggalah Kak Fas terpaksa pulang ke pejabat hampa kerana tugasan belum selesai. Memang rasa hampa sangat tak dapat bertemu idola hati…(ketika itu laa…haha).

Itulah peristiwa yang sampai sekarang apabila berada di Hotel REN… kenangan lama mengusik jiwa.. tak percaya tanya Aizan huhu...

LOBI East Wing...
Pun begitu, walaupun sering berkunjung ke Hotel REN… tiada pula kesempatan untuk bermalam di situ waima tidak terfikir ke arah itu cuma kecantikan persekitarannya menjadi lokasi untuk Kak Fas ‘pinjam’ bagi penggambaran gaya fesyen dalam majalah WANITA lama dulu.

Malah  tidak terlintas langsung bahawa SATU hari nanti Kak Fas akan menikmati peluang bermalam di Hotel REN sehinggalah  kesempatan itu disuarakan oleh Aizan yang masih setia bersama Hotel REN.

Barangkali inilah ‘rezeki’ sebagai wartawan cum ‘blogger’  di mana Kak Fas  kini mengendalikan blog sendiri  yang dinamakan ‘CC Kak Fas online’.


Kerana tidak tahu erti ‘rehat’ atau ‘pencen’ kata orang… keaktifan Kak Fas menulis dalam blog sebagai satu ‘passion’ dan tidak komersial membawa Kak Fas bukan sahaja bertemu kawan lama seperti Aizan malah ramai teman baharu khususnya komuniti blogger yang rata-rata diceburi oleh anak-anak muda secara sambilan.

Melalui ‘blogging’ Kak Fas menerapkan nilai kewartawanan dalam penulisan santai dan mungkin pengalaman selama 28 tahun banyak membantu. Cuma cara penulisan blogger agak berlainan daripada penulisan media yang lebih tumpu pada fakta dan bukan pandangan peribadi.

Apa pun tidak sukar bagi Kak Fas untuk beralih stail penulisan.. lebih mudah rasanya kerana dapat mewarnai ayat-ayat berbunga yang lebih menarik  untuk bacaan pembaca

Ok… kembali kepada cerita Hotel JEN…. (maaf tersasar pulak… ).



Pertemuan yang bertaut kembali dengan Aizan membawa Kak Fas berkunjung ke Hotel REN beberapa  kali sehinggalah pada 16 Jun 2017 lalu pada bulan Ramadan… Aizan wats app dengan pertanyaan.. “Minat tak buat review bilik pada 13 Jun.. harap rsvp asap?”

Walau pun tarikh awal yang diberi tiada kesempatan namun tarikh alternatifnya yang pada mulanya tidak juga kesampaian akhirnya jadi juga…

“16 Jun boleh check in... sila maklum jika masih berminat...memang rezeki you....,” kata Aizan.

Kak Fas tidak memilih tarikh… mana yang sesuai dan kelapangan bagi kedua pihak … maka jadilah ….

Selepas melalui pendaftaran serta pembayaran 'deposit' Kak Fas dibawa oleh kakitangan hotel terus ke arah West WIng (Sayap Barat) yang baharu diubahsuai di mana kemudiannya staf 'concierge' mengiringi Kak Fas dan suami  menuju ke tingkat 8 di bilik bernombor 814.



Sebaik sahaja melangkah masuk... 'wah... lapang dan cantik setting bilik Deluxe yang diberi menghadap stesen monorel Bukit Nanas dengan pemandangan mercu Menara KL tersergam puncaknya ke lelangit.'





Katil 'king size' putih bertilam empuk menggamit badan untuk relaks namun  meja tulis berserta sofa panjang bersebelahan cermin tingkap menolak permintaan katil haha... kerana sebagai 'wartawan cum blogger' yang tidak terlepas daripada membawa komputer riba... kedua-dua setting perabot ini memudahkan tugasan menulis.

Jika malas nak duduk mengetuk komputer boleh sahaja berbaring di sofa waima meja kopi persegi yang terletak dihujung memudahkan untuk meletakkan komputer.

Jadi tidak hairanlah Hotel REN ini sering mendapat kunjungan 'business traveller' sebagaimana konsep yang diterapkan kerana kelengkapan bilik amat cocok dengan kehendak seorang pelancong berbisnes atau atas urusan bertugas mahu pun 'leisure'.


Selepas meninjau  'amenities' yang ditawarkan dalam bilik seperti tv LCD skin 53cm/21in, bilik air berlantaikan marmar dengan bath tub mahu pun fasilitas 'shower' serta pelbagai lagilah yang sering terdapat dalam sebuah bilik hotel Kak Fas tarik nafas lega apabila di dalam almari adanya 'iron dan ironboard'.

Bagi Kak Fas apabila check ini hotel, fasilitas seperti seterika amat penting sebab nak gosok baju  yang kedut dalam 'luggage'...

Tak semua hotel yang melengkapkan kemudahan 'iron' atau pun 'hair dryer" kerana kedua inilah yang sering Kak Fas mohon sebaik sahaja masuk bilik hotel...





Pendekata, persekitaran hiasan bilik Deluxe serta kemudahan yang ditawarkan memang sesuai dengan kehendak Kak Fas yang cerewet bab peralatan elektrik... malah paling Kak Fas suka ada banyak  soket plug di serata sudut strategik serta wifi kelajuan pantas.

Ini memudahkan Kak Fas untuk  mengakses internet dan caj segala peralatan elektrik yang dibawa seperti telefon bimbit, komputer dan sebagainya serentak. Tak perlu lagi menunggu lama jika cuma ada dua sahaja soket plug dalam sesebuah bilik.... suka sangat bab ni hahaha....





Selepas sejam berlalu Kak Fas dijemput Aizan untuk bersamanya meninjau bilik-bilik lain yang terdapat di tingkat 8 yang sama seperti  'Superior' dan "Lifestyle Club'  di tingkat 24 sahaja memandangkan bilik jenis lain 'fully booked" jadi tak sempat nak tengok.



Mereka yang menempah bilik jenis 'Lifestyel Club' berkeluasan  30sqm/323sqft mendapat beberapa kemudahan tambahan seperti  akses ke Lifestyle Club Lounge yang dibuka dari jam 6 pagi hingga 12 malam untuk menikmati minuman dan jamuan ringan mahu pun kemudahan menggosok 3 helai baju secara percuma.











Dari bilik, Kak Fas berkunjung pula ke bahagian kolam renang saiz Olympic.. seterusnya ke pusat Fitness yang dilengkapi pelbagai peralatan senaman untuk cardiovascular dan sebagainya termasuk  bilik sauna bagi yang mahu mengeluarkan peluh 'jantan' hihi....




Dan yang paling Kak Fas suka apabila dibawa ke Mandara Spa.... wah ambience dalamannya memang menyegarkan dengan aroma yang boleh membuak-buakkan keinginan hati untuk segera mendapatkan 'massage'.

Tak sangka Mandara Spa sudi menawarkan 'Balinese Massage' untuk Kak Fas merasai nikmat urutan selama satu jam 20 minit. 

Apa lagi.. pucuk dicita ulam mendatang... Kak Fas terus buat 'appointment' untuk urutan Balinese pada keesokan paginya iaitu pada pukul 11 pagi....

Sejujurnya Kak Fas ini penggeli orangnya jadi jarang sebenanrnya nak berkunjung ke spa... tetapi urutan Balinese yang diberi amat sedap dan lega... tak geli pun haha waima jari jemari si pengurut, Wennie lembut dan selesa. Sebelum itu Wennie menyediakan sehelai tuala pelembap untuk Kak Fas segarkan muka atau lap tangan.

Sakit bahu kanan Kak Fas pun dah semakin lega rasanya.. jika tak.. nak tidur sebelah bahu kanan pun agak sukar... sekarang dah kurang sakit uratnya... barangkali perlu dua atau tiga round urutan lagi haha...




Di sini anda boleh memilik satu daripada empat jenis minyak - mandara, allen spice, harmoni dan  trankuiliti yang disyorkan pada awalnya... dan memandangkan Kak Fas di Mandara Spa jadi Kak Fas pilih minyak Mandara lah... huhu...

Setiap minyak mempunyai fungsi berlainan terhadap badan, kata Wennie.

Banyak sebenarnya Kak Fas nak cerita mengenai 'staycation' ini namun ruangan yang kecil tidak mengizinkan cuma nak sentuh sikit bab 'room service'. Soal pemakanan di TEMPtation ko orang bole baca DI SINI.

Memandangkan waktu itu bulan puasa jadi sarapan pagi yang diberi percuma pada setiap tetamu hotel ditukarkan kepada sahur.

Dengan nilai RM75 seorang...sahur boleh ditempah melalui 'room service'... 

Kak Fas mohon sahur pada jam 4.30 pagi... dan segala tempahan sampai dengan troli ke bilik kira-kira jam 4.40 pagi....

Menu Kak Fas 'nasi lemak' manakala suami memilih Kuey Teow goreng.... 










Sambil menikmati sahur... mata tidak terlepas daripada memandang ke jendela di luar.. 
...   Jalan Sultan Ismail sudah mula menerima lalu lintas kenderaan seawal itu... maklumlah seperti Kak Fas katakan awal tadi.. ia sebuah batang jalan yang paling sebuk di kota raya...




Sesudah subuh.... jari jemari terus mencapai laptop untuk mengupdate blog sehinggalah mata semakin layu untuk kembali ke tilam empuk Duvet....



Selamat malam  atau Selamat Pagi Kuala Lumpur sekali lagi.... 

Semalaman diulit mimpi berlalu dengan pantasnya....barangkali ada 'esok' lagi yang menanti dan Kak Fas berpeluang untuk bermalam pula di beberapa jenis bilik lain yang ada di Hotel REN di bawah pentadbiran rangkaian Marriot ini...

Baca lanjut di SINI.



Terima kasih daun keladi... nak tahu lagi sila klik ke laman web ini    http://bit.ly/2kB2qnA. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan