Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BELI NEFFOS X1 LITE, DAPATKAN BAJU T FAZURA


Sape tidak kenal dengan pelakon jelita Fazura atau pemilik nama penuh Nur Fazura 
Shaifuddin  ini.

Duta produk telefon bimbit jenama Neffos ini tampil sekali lagi dengan melancarkan model terbaharu yang lebih mampu milik - Neffos X1 Lite berharga RM499.

Kak Fas yakin peminat tegar Fazura sudah tentu merasa teruja dengan tawaran baharu keluaran Neffos Malaysia yang ditubuhkan oleh TP Link Distribution Malaysia Sdn Bhd ini.

Jadi sebaiknya ko orang rebut peluang yang diberikan di mana setiap pembelian Neffos X1 Lite melalui Lazada akan menerima barangan terhad eksklusif pilihan mereka, samada Neffos Premium Gift Box atau Baju T Fazbulous Warrior yang ditandatangani oleh Fazura.

Promosi yang sudah pun bermula sejak pelancaran Neffos X1 Lite baru-baru ini akan berakhir 31 Julai ini... jadi cepat buat pembelian jika nak baju T dengan tandatangan Fazura tu sebelum tarikh tutupnya berkuatkuasa hujung minggu ini ya...

Telefon pintar seberat 136g sahaja ini ditawarkan dalam satu versi (2GB RAM + 16GB) dengan 2 pilihan warna iaitu Gloudy Grey atau Sunrise Gold.

Neffos X1 Lite merupakan telefon Android termurah  namun terbaharu yang menyertai dua lagi telefon Neffox siri X1 yang sudahpun berada di Malaysia seawal Januari lalu.



Telefon ini menggunakan panel paparan sebesar 5 inci daripada jenis IPS dengan resolusi 720p.. Satu slot mikro-SD disediakan jika storan dalaman tidak mencukupi. Ia boleh menyokong kad sehingga 128GB luasnya.

Seperti Fazura yang suka swafotp, telefon ini paling mudah digunakan. Neffos X1 Lite memiliki kamera belakang dengan sensor 13MP bersama sistem autofokus PDAF. Kamera depan miliki sudut pandang 84 darjah dilengkapi sensor 5MP disebalik kanta kameranya.

Pada majlis pelancaran yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini, Fazura turut menyampaikan dua buah lagu antaranya single "Bangun" ciptaan komposer tempatan, Ilyahida.


Khabarnya lagu ini dikaitkan dengan kehidupan aktres  filem 'Langit Cinta': ini yang sentiasa positif di mana 'Bangun' menurut persepsi Fazura melambangkan kekuatan dengan mesej bahawa kejayaan boleh dikecapi jika kita sentiasa pilih untuk bangun daripada setiap kejatuhan, sebab kejatuhan tersembunyi hikmah istimewa.

Betul tu you alls... kita harus terus bangun biarpn berdepan pelbagai masalah dalam menjalani kehidupan harian.

Apa pun ... jika hilang telefon ayuh bangun dan cari alternatif dengan membeli telefon bimbit mampu milik seperti Neffos X1 Lite sebagai ganti... tak gitu Fazura? hihi...

Nak tahu lanjut mengenai Neffos X1 Lite sila selak ruangan PRODUCT dalam blog Kak Fas ini juga ya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan