Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KUNJUNGI 'TAIWAN EXCELLENCE PAVILION' DI 1 UTAMA 12-16 JULAI 2017


Agaknya selepas Raya ini apa pula perancangan ko orang ya?  Nak bercuti pas Hari Raya Aidil Adha kelak?

Sekiranya itu dalam 'planning' kata orang dan Taiwan menjadi pilihan percutian.... barangkali elok jika ko orang ketahui lebih awal apa yang mampu Taiwan berikan sebagai tarikan untuk ke negara Cina itu.

Nak cari kat mana?

Well selain bertanya kepada Mr Google apa kata ko orang berkunjung ke pusat membeli-belah 1 Utama esok (12 Julai) kerana di situ ko orang akan diperkenalkan kepada produk-produk buatan Taiwan terlebih dahulu.

Mana tau kalau ada yang berkenan di hati boleh sahaja beli kat sana bila bercuti kelak ya tak?

Selama lima hari, satu pameran yang dinamakan 'Taiwan Excellenve Pavilion" akan berlangsung bermula 12 hingga 16 Julai 2017 ini di pusat membeli-belah popular itu.

Lebih 100  produk inovatif dan terhebat dari syarikat ternama negara tersebut buat pertama kalinya akan diperkenalkan kepada khalayak

Para pengunjung berpeluang menyaksikan dan merasai sendiri produk terbaru dan terkini dari segi rekabentuk dan fungsi, seperti komputer riba, peranti pintar, peralatan senaman, dan barangan kelengkapan rumah. 


Kesemua jenama di ekspo ini diiktiraf dengan logo Taiwan Excellence, satu simbol inovasi, yang merupakan penghargaan tertinggi yang dianugerahkan kepada barangan Taiwan.

Antara barangan ini termasuk yang dikeluarkan oleh jenama Teknologi Komunikasi dan Informasi (ICT) yang dikenali di seluruh dunia seperti Acer, Asus, MSI, dan D-Link.

Selain dari itu, terdapat jenama barangan sukan dan riadah seperti Kenda, dan Johnson Fitness, serta produk inovasi seperti Ta-Da Chair dari Step2Gold. Barangan kelengkapan rumah dari jenama FECA, Cashido, dan KSS akan turut membarisi pameran di Taiwan Excellence Pavilion ini.

Kak Fas tertarik juga dengan kerusi "Ta Da" yang diperkenalkan, sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu bapa yang uzur atau warga emas. Kelihatan seperti tongkat ia bagaimana pun boleh dibuka menjadi kerusi... amat inovatif sekali. Cuma sayangnya apabila ditanya kerusi ini masih belum ada di pasaran tempatan malah harganya pun belum ditetapkan... memang 'tak da' haha sesuai dengan namanya 'Ta Da".














Selain daripada pelbagai barangan, acara ini juga akan menampilkan sesi demonstrasi produk, persembahan kebudayaan, dan hadiah-hadiah bernilai lebih MYR10,000 yang ditaja oleh Asus, Johnson Fitness, dan Adata

“Kesungguhan dan komitmen Taiwan terhadap penciptaan produk-produk inovatif telah menjulang Taiwan sebagai salah satu pusat inovasi yang terkemuka di dunia, disokong oleh syarikat-syarikat dan jenama-jenama yang berwawasan, dan bakat-bakat tempatan yang pintar,” ujar Tony Lin (pix bawah, kiri), Naib Pengarah Eksekutif, Jabatan Pemasaran Strategik TAITRA. 

Taiwan Excellence Pavilion membawakan produk Taiwan yang terkini kepada rakyat Malaysia, memberikan peluang terbaik bagi warga Malaysia memahami falsafah fikiran hadapan dan moden Taiwan, digabungkan dengan budaya dan tradisinya.


“Kami sangat teruja untuk mengenali barangan-barangan Taiwan yang canggih dan maju ini, dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencuba dan merasa sendiri inovasi dan idea dari Taiwan.  Melalui inisiatif ini, kami mensasarkan untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala antara perniagaan dan pengguna bagi Malaysia dan Taiwan,” kata Ong Yew Chee (pix, kanan) , Pengarah Unit China, Bahagian Akses Pasaran, Divisyen Akses Pasaran & Kerjasama Antarabangsa, MATRADE.

“Sejak tahun 1990-an sehingga 2016, syarikat Taiwan telah membuat pelaburan kumulatif bernilai 12.2 billion Dolar Amerika, kira-kira 52.3 billion Ringgit. Ini meletakkan Taiwan sebagai sumber pelaburan keempat terbesar di Malaysia, yang mencerminkan kekuatan hubungan kedua-dua negara. Malaysia juga telah menunjukkan sokongan yang padu dengan rekod dagangan bilateral meningkat sehingga 14.1 billion Dolar Amerika dalam 2016 sahaja, menjadikan Malaysia rakan niaga kelapan terbesar Taiwan,” kata James Chi-Ping Chang (pix atas, tengah), Wakil Jabatan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia. 

“Saya percaya kempen Taiwan Excellence ini akan mengukuhkan hubungan niaga antara kedua-dua negara,” tambahnya.

Kemasukan ke Taiwan Excellence Pavilion adalah percuma untuk semua.

Kak Fas pasti kehadiran ko orang ke sana kelak mampu membantu ko orang mengenali terlebih dahulu negara yang mahu dikunjungi ... iya lah kan pepatah dah kata, 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak,"...tak gitu huhu...







Tiada ulasan: