Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MOH! SOKONG MINGGU FESYEN ANTARABANGSA IPOH 6 - 8 OKTOBER


Apa? Minggu Fesyen Antarabangsa Ipoh? Biar betul?

Begitulah antara persoalan yang bermain di fikiran Kak Fas sebaik menerima undangan media untuk hadir dalam sidang akhbar Minggu Fesyen Antarabangsa Ipoh atau ringkasnya IIFW (International Ipoh Fashion Week).

Dan memandangkan Kak Fas berasal Ipoh waima keturunan cucu Dato Panglima Kinta Che Tak pula maka terpanggil untuk memberi sokongan kepada negeri tumpahnya darahku  dan tok nenek ku ini..

Jadi sebagai tanda sokongan Kak Fas terpaksa membatalkan 'event' lain semata-mata mahu mendengar dan melihat sendiri bagaimana agaknya perancangan IIFW yang dijangka diadakan di Hotel Syuen Ipoh selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Oktober depan.

Seperti Kak Fas ... orang-orang Ipoh khususnya mesti nak tahu lanjut kan apa sebenarnya IIFW ini?

Ok meh teman 'story' sikit....

Kisahnya... sempena Tahun Melawat Perak 2017... IIFW merupakan salah satu daripada pengisian acara pelancongan hasil daripada cetusan idea Encik Louis Sebastian dari Bizzness Management Services.

Setelah banyak kali perbincangan akhirnya idea tersebut diserapkan ke dalam kalendar pelancongan Tahun Melawat Perak di mana IIFW turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada Pengerusi  Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Perak, Dato Nolee Ashilin Dato Hj Mohd Radzi.

Seterusnya ia mendapat kerjasama beberapa pihak lain antaranya seperti Universiti Teknologi Mara (Perak), MAPS dan ramai lagi.

"IIFW akan terus menjadi acara tahunan Perak," harapan Dato Nolee dalam ucapan perasmiannya di majlis sidang akhbar IIFW di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebagai anak Perak, Kak Fas turut berbangga untuk melihat buat julung kalinya Ipoh akan mengendalikan sebuah minggu fesyen antarabangsa melibatkan bukan sahaja penyertaan pereka-pereka fesyen tempatan khususnya daripada Perak tetapi juga daripada luar negara.

'Setekat ini sudah beberapa negara luar seperti Afrika Selatan, Kazakstan, China, Laos, Cambodia, Pakistan, India, Filipina, Thailand, Indonesia dan Singapura.telah.menyatakan hasrat untuk hadir, " ujar Louis yang juga seorang pelawak dan 'entertainer' terkenal.

Lebih istemewanya, IIFW bukanlah satu pentas untuk mencipta nama dan glamor semata tetapi turut beramal dimana kesemua hasil kutipan daripada jualan meja akan disumbangkan kepada Unit Pediatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Mensasarkan kutipan mampu mencapai antara RM100,000 hingga RM500,000, jualan terbahagi kepada tiga malam iaitu Malam Gala (Makan Malam) diikuti dua malam persembahan fesyen 'runway' berikutnya.

Malah selain daripada pertunjukan fesyen, hadirin akan turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis tempatan serta luar negara antaranya seperti anak tempatan, VIc Teo, penyanyi Pakistan, Gul Muhammad dan ramai lagi.



Malah, Louis juga yang terkenal dengan nama pentasnya 'Louis the Maestro' tidak ketinggalan akan menghiburkan tetamu dengan lawak spontannya khususnya komedi impresionis (tiru orang).

Pendekata, Ipoh pasti akan bergemerlapan dengan kehadiran artis, pereka fesyen serta model-model jelita sepanjang tiga hari berkenaan.

Apa pun untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung jualan tiket dan sebagainya boleh lah klik link ini IIFW.

Yang pasti 'Ipoh mali tatak sombong'... huhu... jadi moh ke Ipoh awal Oktober ini dan jadikan IPOH happening u alls....

IIFW juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin bekerjasama atau menaja majlis berkenaan. Anda boleh berhubung dengan Ms Adeline Khan di talian 012 -3869265 atau emel pertanyaan ke info@internationalipohfashionweek.com atau iifw.perak@gmail.com.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan