MINGGU FESYEN ANTARABANGSA IPOH 16 HINGGA 20 OKT 2019


Memasuki tahun ke 3, Minggu Fesyen Antarabangsa Ipoh (IIFW 3.0) bakal kembali sekali lagi selama lima hari bermula 16 hingga 20 Oktober 2019 depan.

Masih dianjurkan oleh Bizness Management Services hasil cetusan idea pemiliknya, Encik Louis Sebastian, IIFW 3.0 turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh dan Tourism Perak.

Selain majlis kemuncaknya berupa jamuan makan Malam  Gala Amal, IIFW 3.0 turut menyediakan pelbagai aktiviti sampingan seperti bengkel dan pameran fesyen.

"Matlamat IIFW adalah untuk memperkasakan pereka fesyen tempatan, memudahkan peluang pasaran dan rangkaian bagi memastikan pertumbuhan dan kemampuan perniagaan mereka berkembang," ujar Louis Sebastian dalam satu sidang akhbar yang berlangsung di Ipoh baru-baru ini.

Turut hadir, Penasihat IIFW,  Datin Seri Dr Nomee Ashikin yang menggesa orang ramai, terutamanya korporat memberikan  sokongan penuh kepada acara ini sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial.

"Acara amal ini juga bertujuan menjana dana bagi disalurkan kepada Unit Rawatan Rapi Pediatrik Pediatrik (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun dan tempat perlindungan bagi mereka yang tiada tempat tinggal dan didera dikenali sebagai Teduhan Kelana," ujar Dr. Nomee.

Seperti ramai yang maklum, Fesyen di Malaysia mempunyai gabungan sejarah Melayu, Cina, India dan pelbagai budaya asli lainnya justeru Minggu Fesyen Antarabangsa Ipoh berhasrat menjadi platform utama untuk meletakkan Malaysia sebagai modal fesyen yang berkembang pesat.

Dengan objektif dua hala mempamerkan bakat fesyen berasaskan Perak khususnya dan Malaysia amnya di peringkat global, IIFW diharap dapat mengalu-alukan dunia ke 'Wonders of Perak' sekali gus merancakkan industri pelancongannya.

Menurut Louis antara pereka terkenal yang akan turut serta memeriahkan majlis yang bakal di hadiri oleh Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim terdiri dari Radzuan Radzwill, Amanda Brown, Khaljaksa dan label fesyen popular dari China, Singapura, Indonesia, India, Bangkok dan Nepal.
IIFW tahun lalu... pix kredit: Peraktoday.

Sejumlah 20 model wanita dan 10 model lelaki akan menggayakan fesyen-fesyen terbaharu daripada para pereka fesyen profesional dan amatur bersama dengan konsep unik oleh Zurlee Ahmad.

Untuk maklumat lanjut berhubung IIFW atau penyertaan Bengkel boleh berhubung dengan  Cik Adeline Khan di 012-3869265 atau e-mel di iifw.perak@gmail.com atau KLIK SINI.



TEAM pihak penganjur...


Comments

IShine Trade said…
I am really impressed with your writing skills .keep up the nice quality writing, it’s rare to see a great blog like this one nowadays.
UK Mobile Wholesalers
lightningsales said…
Nice Effort Keep Up the Good Work
sell my house for cash

Popular posts from this blog

'BODYDREAM COCO-S' MAMPU TURUNKAN BERAT BADAN IDAMAN

'FREAKY FITZ' BANTU TURUNKAN BERAT BADAN DALAM 20 HARI?

DULU KECIK, SEKARANG DAH BESAR, PASTIKAN TONTON 'CERIA MEGASTAR'.