Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

12 JEJAKA REBUT GELARAN 'HERO REMAJA 2020'


Oleh: CT Dimiati

'Hero Remaja' kembali lagi buat edisi ke-10.

Mereka yang arif mengenai program ini pasti tahu bahawa ia antara program pencarian bakat baru yang telah melahirkan pelakon-pelakon hebat sebelum ini antaranya seperti Syafek Kyle, Fatah Amin, Kamal Adli, Esma Daniel dan ramai lagi sepanjang 3 dekad sejak ia diperkenalkan.

Musim ini, pencarian 'Hero Remaja 2020' menyaksikan 600 calon peserta hadir ke sesi uji bakat yang mengambil masa selama 4 hari bermula 21 hingga 29 Disember tahun lalu.

Namun daripada jumlah itu, pihak penganjur, Astro bersama Nu Ideaktiv Sdn Bhd hanya mahu memilih 12 peserta sahaja sebagai finalis.

Bayangkanlah bagaimana nak memilih yang terbaik tu kan? Mesti pening dibuatnya  apatah lagi mereka yang hadir mempunyai bakat luar biasa masing-masing.

Pun begitu, sudah tentu peserta yang terbaik menjadi pilihan setelah disenarai pendek menerusi sesi saringan yang ketat.

Dan Selasa lalu (11 Februari) bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, 12 peserta yang bertuah didedahkan dalam majlis yang turut memperkenalkan hos program, Ain Edruce serta juri tetapnya iaitu Datuk Hans Isaac dan Scha A-Yahya.
Hans Isaac dan Scha-Al Yahya ditemuramah oleh pengacara Fiza Saad.
DARI Kiri Ain Edruce, Fiezreen, Emarina, Scha Al-Yahya dan Hans Isaac.

Barisan 12 peserta bertuah itu terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan serta pengalaman tersendiri dalam bidang yang berbeza-beza.

Masing-masing juga menampilkan karektor yang cukup menarik dilengkapi dengan skil komunikasi yang baik. 

Mereka itu terdiri dari Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 24 berasal Dari Selangor, Mohd Aniq Suhair Mohd Salleh, 20, Selangor, Mohd Umar Badrol Hisham, 22, Johor, Mohd Haziq Nazimuddin, 23, Kuala Lumpur. Mohd Azri Abdul Khair, 24, Selangor, Muhammad Hariz  Muhammad Hamdan, 18, Selangor, Mohd Shameer Shauqeen Saiful Izam, 19, Selangor, Jazmy Khan Juma Khan, 22, Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 21 Kuala Lumpur. Thomson Goh, 23, Sarawak, Jabir Jelani Meftah,20 Selangor dan Abdul Azim Mohd Yusof, 23 Selangor.


"Pengaruh jenama Hero Remaja yang telah dibina sejak lebih 3 dekad lalu sama seperti Dewi Remaja.Selaku penganjur bersama, Astro menyambut baik inisiatif penganjuran program seumpama ini kerana sudah semestinya ia adalah merupakan pelapis yang mempu menggerakkan industeri seni hiburan ke arah tahap yang lebih baik masa akan datang. Sekaligus ia memberi ekses menyeluruh yang memudahkan mereka untuk mencipta nama."ujarnya Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria dalam ucapannya. 

Manakala Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Remaja memaklumkan pertandingan 'Hero Remaja' dilihat sebagai satu jendela khusus buat remaja-remaja di luar sana yang ingin menonjolkan kelebihan masing-masing di samping memperjuangkan nilai-nilai positif yang boleh memberi impak kepada umum.

Di antara 12 finalis tersebut siapa agaknya yang bakal menjuarai Hero Remaja 2020? Jangan lupa saksikan siarannya yang akan ke udara bermula pada setiap hari Khamis,  27 Februari jam 9 malam melalui saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Majlis turut diserikan dengan persembahan dari Zizi Kirana membawa lagu 'Dance Monkey'.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ia boleh diakses menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand.

Episod kemuncak pada minggu kelapan bakal disiarkan secara langsung pada 16 April kelak.

Sementara itu, setiap peserta akan ditempatkan di bawah satu bumbung untuk dikuarantin bagi tempoh hampir 2 bulan untuk menjalani sesi penggambaran program.

Terdahulu, Alif Muhaimin yang kini semakin aktif berlakon telah dinobatkan sebagai 'Hero Remaja' untuk edisi yang ke-9 pada tahun 2017.

Good luck semua! 
12 finalis bergambar bersama wakil penaja utama, Nivea Men.

#Heroremaja2020 #astroria #riaHD #syafiqkyle #HansIsaac #AinEdruce



Tiada ulasan:

Catat Ulasan