Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AZWAN ALI DIBERI 48 JAM TEMPOH MOHON MAAF

Vida bersama peguamnya, Tetuan Adnan Seman dan Che B di sidang media yang berlangsung semalam.

Oleh: CT Dimiati

“Dia dah buat kotor, dia kena bersihkan semula...kalau setakat nak minta maaf melalui pesanan SMS belum boleh memberi kesan pada diri saya dan perniagaan saya," ungkap Dato Seri Vida pada sidang media yang diadakan di Ancasa Hotel, Kuala Lumpur kelmarin.

Pun begitu, di dalam bual bicaranya ada menyebut tidak mahu memanjangkan isu ini melainkan  Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA meminta maaf secara terbuka dan menarik balik kata-kata cacian dan hinaan yang telah dilemparkan terhadap beliau dan anak-anaknya. 

Perbuatan melampau Azwan dikatakan sangat biadap dan tidak berhati perut serta mempunyai niat jahat dan ingin menjatuhkan reputasi perniagaan usahawan kosmetik DSV.
Dalam beberapa paparan video yang ditayangkan dan telah dimuatnaik melalui aplikasi “twiter” atas nama DIVA AA” pada 28.1.2020 sehingga semalam, 9.2.2020 menunjukkan Azwan Ali berang berikutan tidak mendapat bayaran selepas Diva AA membuat kemunculan  di Cik B Vaganza Food Festivel yang berlangsung di Johor Bahru anjuran  Dato Seri Vida.

Menurut DSV, dalam kenyataannya beliau terpaksa memfailkan saman malu atas sebab- sebab berikut, Azwan (DIVA AA) telah membuat kenyataan jahat ke atas kematian kedua anak lelakinya dalam kejadian kebakaran yang berlaku 8 tahun lalu. 

"Ini sangat-sangat meruntun jiwa dan lebih menyayat hati apabila dituduh rentung, Allahu Akbar....siapa pun akan terasa jika ini berlaku pada diri sendiri," ujar Vida sedih.

Menurut beliau, antara lain yang dilakukan oleh Azwan  lagi adalah membakar
minyak wangi OUD DIVA dan HERO pemberian ikhlasnya.


Perlakuan tersebut boleh diibaratkan seperti MEMBAKAR perniagaan saya. Beliau membakar minyak wangi dengan tuduhan winyak wangi BODOH yang seolah-olah tidak bernilai. Walaupun harga minyak wangi ini bernilai RM150 setiap satu dan tudung pemberian saya MASIH ada nilainya.” jelas DSV mengenai kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Diva AA.

"Tidak cukup dengan itu anak saya Cik B, juga telah dijadikan bahan caci maki dan hinaannya," tambah Vida sambil mengalihkan pandangannya ke arah Che B yang berada disamping.

Ketika ditemui pemilik nama penuh Edlynn Zamilleen Muhammad Amin yang lebih dikenali sebagai Che B melahirkan rasa kesalnya terhadap tuduhan Azwan.

“Sebagai anak saya hanya perlu tenteramkan mama dengan kata-kata positif. Buat Azwan Ali stop carut-carut dan jangan stress-stress, nanti boleh dapat stroke...” ujar Cik B dengan nada yang sinis.

Apa pun Azwan Ali diberi tempoh 48 jam untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik video yang dimuat naik  di mana selepas tempoh tamat DSV tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman malu terhadapnya.

Khabarnya hari ini Azwan Ali bakal mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan keadaan yang berlaku. Apa pun berikut disiarkan kenyataan penuh serta kronologi yang membabitkan isu ini yang dikeluarkan oleh DSV:



Kronologi Kejadian Caci Maki Azwan Ali:

1. Karnival Cik B Vaganza Food Fest Tour 2020 (Angsana Johor Bahru Mall) Kesinambungan dari kejayaan Karnival Cik B Vaganza Food Fest 2019 di Shah Alam, kami telah mengadakan Karnival Cik B Vaganza Tour 2020 di Angsana Johor Bahru Mall pada 23- 27 Januari 2020 bagi memenuhi permintaan peminat-peminat saya dan Cik B di Johor Bahru dan Singapura. Di Johor Bahru seramai lebih kurang 30,000 pengunjung telah hadir bagi memeriahkan acara yang disediakan di samping menikmati makanan-makanan viral yang terdapat di carnival tersebut.


2. Bukan Hadir Sebagai Artis Jemputan

Penglibatan Azwan Ali pada Karnival Cik B Vaganza Food Fest bermula di Shah Alam lebih kepada memberikan ruang kepada anak saya Kacak untuk bertemu Azwan Ali dan juga memberikan ruang kepada Azwan Ali untuk membuat “content” bagi saluran “Youtube”nya. Azwan Ali telah bersetuju untuk hadir TANPA mengenakan sebarang bayaran. Sebagai tanda terima kasih, saya telah memberikan kepadanya minyak wangi OUD DIVA dan HERO serta sehelai selendang. Keesokannya, Azwan ali hadir LAGI di Karnival Cik B Vaganza Food
Fest 2019, Shah Alam.

Memandangkan sambutan yang sangat luar biasa daripada orang ramai yang hadir ke Cik B Vaganza Food Fest 2019 di Shah Alam ini, dia telah hadir ke Cik B Vaganza Food Fest 2020 di Angsana Johor Bahru Mall.


Saya tidak menjemput dia ke Johor Bahru sebaliknya saudara Roslan Shah selaku pengacara, telah menjemput Azwan Ali untuk hadir ke Cik B Vaganza Food Fest 2020 di Angsana Johor Bahru Mall ini, tanpa pengetahuan saya. Dua hari sebelum event staff saya dihubungi oleh PA Azwan Ali menyatakan dia ingin terlibat sama sebagai vendor di Cik B Vaganza Food Fest 2020 , Angsana Johor Bahru Mall dan saya telah bersetuju memberikan Azwan Ali, Booth berharga RM2,800.00.

Azwan Ali bertemu dengan staff saya, Diyla dan meminta untuk naik ke Pentas. Azwan telah dimaklumkan bahawa sebenarnya slot telah penuh namun dia berkeras untuk naik ke Pentas bagi memeriahkan lagi event tersebut. Dyila memberitahu jika Azwan Ali tetap ingin naik ke Pentas tiada sebarang bayaran akan dibuat dan Azwan Ali menyatakan dia tidak kisah tiada bayaran asalkan dia dapat naik ke Pentas.

Kebetulan semasa slot beliau hampir selesai, saya juga baru sampai. Azwan Ali bersama- sama saya berceloteh dan mempromosikan minyak wangi OUD DIVA dan HERO diatas pentas. Keesokannya pula, Azwan Ali hadir LAGI dan saya terkejut ‘Eh, beliau ada LAGI?’. Tanpa apa-apa prasangka saya dan Azwan Ali menyanyi bersama sambil mempromosikan minyak wangi OUD DIVA dan HERO dengan memberikan tawaran istimewa kepada pengunjung yang hadir.

Azwan Ali juga turut memberitahu mengenai kehebatan dan betapa WANGINYA serta MEWAHNYA minyak wangi saya. Beliau juga telah mengeluarkan minyak wangi OUD DIVA dan HERO dari beg beliau dan terus menyemburkan minyak wangi tersebut kepada pengunjung yang hadir akan bauan OUD minyak wangi ini yang SANGAT beliau sukai.Beliau juga ada memberitahu kepada pengunjung bahawa beliau membawa wangian ini kemana sahaja kerana beliau sangat SUKA akan bauan minyak wangi saya ini. Setelah itu, beliau turun dari pentas dan saya meneruskan konsert bersama-sama artis yang lain.

3. Penghinaan Kepada Saya

Beberapa hari setelah selesai Cik B Vaganza Food Fest di Johor bahru, Azwan Ali telah memuatnaik satu video di Twitter. Dalam video tersebut, beliau telah membakar dua botol minyak wangi saya, OUD DIVA dan HERO serta selendang pemberian ikhlas dari saya yang mana kesemua barangan tersebut bernilai hampir seribu ringgit.

Dalam video tersebut Azwan Ali telah memaki hamun serta menghina kematian anak-anak lelaki saya, menghina bentuk fizikal saya dengan kata-kata kesat gara-gara tidak diberikan bayaran bagi penampilan beliau pada Cik Vaganaza Food Fest 2020, Johor Bahru.

Saya sangat terkesan dengan tindakan ini, yang mana menjejaskan KREDIBILITI saya, IMEJ saya, MARUAH saya, EMOSI saya dan mengganggu jualan produk saya terutamanya minyak wangi OUD DIVA dan HERO. Kejadian ini menyebabkan saya menjadi murung dan mengganggu kesihatan saya.
Ramai pula yang rasa ragu-ragu, perkataan minyak wangi BODOH yang dimuatnaik dalam video beliau sangat mengganggu jualan minyak wangi saya.
Tidak cukup dengan tohmahan terhadap minyak wangi saya, Cik B pula menjadi mangsa keadaan apabila beliau turut menghina bentuk fizikal Cik B serta memaki hamun Cik B pula di Twitter.


Kejadian ini, membuatkan Cik B rasa rendah diri dan berasa sangat sedih.

4. Penghinaan Kedua - Rupa Paras Cik B dan Tragedi Kematian Anak Lelaki
Makian dan carutan tidak berhenti sebegitu sahaja, beliau telah memuatnaik video kedua di Twitter. Kali ini, beliau bukan sahaja memaki hamun saya, tetapi beliau menghina rupa paras anak perempuan saya Cik B serta menyentuh mengenai tragedi hitam yang berlaku keatas keduadua anak lelaki saya dan kedua-duanya telah meninggal dunia dalam kebakaran pada 8 tahun yang lalu. Sedangkan peristiwa tragis ini amat sensitif bagi saya atau sesiapa sahaja yang bergelar ibu atau sesiapa sahaja yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi pahit seperti ini. Saya sendiri berusaha untuk tidak mahu mengingati peristiwa yang sangat sedih dan menyayat hati.

Tetapi telah dipermainkan dan dikaitkan dengan cara kematian anak saya yang dikatakan rentung tetapi sebenarnya kematian mereka berdua adalah berpunca dari lemas asap.

5. Saman terhadap Azwan Ali

Memandang Azwan Ali telah membuat perlakuan kebiadapan yang berterusan, saya menyerahkan tugas ini kepada peguam saya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Azwan Ali.
Turut hadir Azza Elite (kiri) dan Roslan Shah (kanan).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan