Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

"WHY BOTHER'... "SUMPAH" NAIM DANIEL TETAP RAIH 6 JUTA PENONTON


Walau pun nyanyiannya agak kurang menyerlah di pentas AJL sebagaimana di dalam album namun ternyata itu tidak menghalang penyanyi muda, Naim Daniel untuk bergelar komposer terbaik dan meraih Anugerah Juara Lagu AJL 34 baru-baru ini.

"Ini kerana melodi lagu ini sedap dan kami mengangkatnya sebagai juara kerana lagunya dan bukan kerana nyanyiannya," itu pendapat Ketua Juri AJL 34, Ajai ketika ditemui dalam sidang akhbar selepas berakhirnya AJL 34 baru-baru ini.
Sumpah setiaku kan tetap ada di sini, dengarkanlah aku, jiwa ku tulus untukmu...” adalah lirik Naim Daniel yang berjaya memukau juri-juri profesional dan para audien Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34). l

Peristiwa bersejarah buat jejaka 22 tahun itu disaksikan oleh 6 juta penonton di TV3 menurut sumber Nielsen Audience Measurement. 

Tontonan dari platform digital pula, AJL 34 telah ditonton sebanyak 442,000 melalui strim langsung HD tonton dan Xtra, serta  hampir 1.5 Juta  tontonan di Youtube TV3 Malaysia. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak:

“Dengan 6 juta orang penonton yang diraih AJL 34, membuktikan bahawa AJL 34 masih menjadi pilihan penonton lalu mendapat 55% syer tontonan pada waktu ia bersiaran, menandingi program-program hebat lain. Saya percaya AJL 34 malam itu berjaya kerana barisan finalis itu sendiri membawa warna-warni ke majlis berprestij itu. Ketika sidang media AJL 34 pada malam itu juga, saudara Ajai, selaku ketua juri AJL 34 turut berkata sedemikian, malah Ajai juga berkata, kepelbagaian genre, suara, konsep persembahan dan gimik persembahan para finalis pada malam itu, menghidupkan tema AJL34 iaitu ‘Warna-Warna Suara’. Kini, carta Muzik Muzik 35 sudah dibuka untuk kitaran pengundian baharu dalam menentukan semi finalis Muzik Muzik 35 pula. Oleh itu, kami berterima kasih dan terus bersyukur atas sokongan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong kami dengan mengundi karya-karya kegemaran mereka di www.xtra.com.my/muzikmuzik.”
KREDIT Foto Ohmedia.my
Keputusan AJL 34 yang diadili secara sebulat suara oleh Ajai, Azmeer, Edrie Hashim, Dato' Wah Idris, Altimet, Helen Yap, Dato Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi, Cat Farish, telah menyimpulkan sebuah keputusan muktamad, seperti berikut:


Juara Lagu

Tajuk Lagu: Sumpah
Penyanyi: Naim Daniel
Komposer: Naim Daniel & Omar K
Penulis Lirik: Naim Daniel

Naib Juara
Tajuk Lagu: Bangun
Penyanyi: Aman Ra
Komposer: Navigator
Penulis Lirik: Aman Ra

Tempat Ketiga
Tajuk Lagu: Anta Permana
Penyanyi: Bob Yusof
Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

Vokal Terbaik & Persembahan Terbaik
Tajuk Lagu: Kisah Cinta Kita
Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Penulis Lirik: Datuk A. Aida

Anugerah Pilihan Peminat SETEL: Haqiem Rusli (Lembah Kesepian).



Selain daripada membawa pulang trofi AJL 34, para pemenang AJL 34 juga memenangi hadiah-hadiah lain mengikut kategorinya.


Pemenang Persembahan Terbaik yang ditentukan melalui undian penonton di Xtra.com.my, menerima wang tunai RM12 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM1 ribu. 

Pemenang Vokal Terbaik menerima wang tunai RM12 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34, baucar McDonald’s Malaysia bernilai RM10 ribu serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM1 ribu. 

Pemenang Tempat Ketiga menerima wang tunai RM20 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM3 ribu. Naib Juara menerima wang tunai RM35 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM5 ribu. 

Juara Lagu menerima wang tunai RM50 ribu, trofi Anugerah Juara Lagu 34 serta baucer CJ Wow Shop bernilai RM10 ribu.

AJL 34 mendapat sokongan McDonald's selaku penaja utama yang akan “Meriahkan Anugerah Juara Lagu sambil menikmati Set Famili Mekdi” dan juga rakan penaja Aplikasi Setel, aplikasi e-pembayaran petrol yang pertama di Malaysia. "Eksklusif di Petronas. Bayar, aktifkan pam dari dalam kereta & pam petrol stail bos, Setel!" AJL 34 juga disokong oleh rakan penaja Celcom Xpax, “Enjoy semua Internet yang anda mahukan dengan Celcom Xpax”. Serta geng radio rasmi, Hot FM dan para rakan digital, Xtra, Senang Terhibur, dan Oh Bulan!



Tamatnya Anugerah Juara Lagu 34 ini, maka bermulalah sebuah kitaran baharu ke arah Anugerah Juara Lagu 35! 

Para penyokong tegar Anugerah Juara Lagu diberikan tanggung jawab untuk mengundi karya-karya kegemaran mereka di carta Muzik Muzik (www.xtra.com.my/muzikmuzik). 

Sekiranya anda masih belum dapat melupakan AJL 34, tonton (www.tonton.com.my) telah menyediakan kandungan-kandungan menarik buat peminat tegar AJL 34! 

Jangan lupa saksikan Muzik Muzik 35 pada setiap hari Isnin, pukul 11 malam di TV3 serta laman-laman media sosial TV3 dan Senang Terhibur di Instagram, Facebook, dan Twitter untuk maklumat lanjut. 



Kak Fas: Pedulikan komen negatif. "Why Bother" kan Naim?

#AJL34 #AnugerahJuaraLagu34 #NaimDaniel #Sumpah

6 ulasan:

  1. Alah... Kejam la komen suara dia biasa je. Sedap la. Lagu kedua dia tajuk menunggu tu pun dah berbeza sangat. Selama ni dengar lagu tak perasan pun lirik tu tentang apa. Hihi

    BalasPadam
  2. setuju Naim Daniel menang juara ....tapi sayang pada Erni Zakri sebab suara dia bebetul power padu boleh kalah Hafiz Suip patutnya ....tapi nak buek camno kan ...keputusan muktamad sebarang bantahan dan surat menyurat tak dilayan

    BalasPadam
  3. org tak suka akan komen tak sedap tapi utk org yg betul2 hayati lagu ni akan cakap sedap.. lagu naim ni ada maksud tersirat kalau dengar betul. boleh tangkap jiwa! sis sndiri tgk AJL yg sis x layan demi kerana lagu ni.. haa acaner tu =D

    BalasPadam
  4. Tahniah buat pemenag. Betul juga sangkaan saya Naim Daniel akan menang malam tu. memang rezeki dia.

    BalasPadam
  5. AJL tengok kat lagu bukan kat artis. Jadi normallah , ada artis yang kita minat dan ada yg kita tak minat. Utk lagu ni rasa ok.. patut dia menang sebab lagu ni memang sedap pun

    BalasPadam
  6. suara dia perform live memang biasa je tak sehebat Haqiem Rusli mampu deliver emosi dengan bagus atas stage. Tapi tu lah, AJL tengok pengaruh lagu dan lirik sebab tu dia layak menang

    BalasPadam