Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HABIB JEWELS TAWAR POTONGAN HARGA!


Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tidak menghalangkan syarikat barangan kemas popular, Habib Jewels untuk terus mempromosikan produknya sesuai permintaan ramai menjelang Hari Raya nanti. Sehubungan itu, Habib Jewels masih meneruskan program Pesta Berlian namun kali melalui atas talian sehingga 5 April ini. 


Pelbagai jenis dan rekaan barangan belian dapat dimiliki melalui pembelian atas talian di platform e-dagang popular, Lazada dan Shopee,  tanpa perlu keluar rumah berpadanan dengan tanda pagar yang dicipta sepanjang tempoh Malaysia melawan penularan Covid-19 iaitu #stayhome atau #dudukrumah. 



Ternyata, Habib Jewels komited dalam menyediakan khidmat pelanggan yang cekap dan komprehensif bagi memastikan keperluan dan permintaan pelanggannya yang dihargai dapat sentiasa dipenuh walau pun dalam tempoh PKP.

Bersempena Pesta Berlian yang lazimnya dianjurkan di pusat-pusat membeli-belah tempatan setiap tahun, Habib tetap beroperasi serta meneruskan servis dalam memenuhi permintaan pelanggan serta pencinta barangan kemas berlian.

Melalui Pesta Berlian tahun ini, koleksi-koleksi berlian diinspirasikan daripada kilauan berlian yang menyinar terang, menggunakan pelbagai saiz berlian dalam satu-satu rekaannya.

Bercirikan kemewahan, Habib tampil dengan rekaan terkini yang menarik menggunakan pelbagai motif contohnya, bunga yang sedang kembang mekar dan rekaan yang diinspirasikan daripada bentuk mahkota.

“Yang pasti Habib mahu menghasilkan impak leputan berlian yang sangat cantik dan semestinya dapat memukau mata-mata sesiapa yang memandangnya,” ujar Ahmad Zaki selaku Eksekutif Perhubungan Awam Habib Jewels.

Selain daripada cincin, gelang, dan subang, Habib juga tidak melupakan rantai panjang serta keronsang untuk wanita-wanita berhijab di luar sana. 
Rantai panjang yang dilengkapi dengan loket berlian dapat dipadankan dengan apa jua lilitan tudung oleh si pemakai. 

Pemakaian keronsang juga tanpa dapat disangkal lagi mampu menambahkan seri serta sesuai untuk dipakai di majlis-majlis formal buat mereka yang berhijab atau pun tidak. 

Mungkin akan ada yang bertanya apa istimewanya membeli melalui Pesta Berlian yang berlangsung sekarang ini?



Jawapannya, jika anda membeli dalam tempoh Pesta Berlian berlangsung sehingga 5 April ini, anda berpeluang mendapatkan potongan harga istimewa daripada harga asalnya melalui platform e-dagang, Lazada dan Shopee.


“Koleksi-koleksi berlian daripada Habib ini ditawarkan dari harga mampu milik sehinggalah koleksi-koleksi eksklusif merangkumi pelbagai rekaan menarik dan ciri-ciri yang unik," tambah Ahmad Zaki. 
GAMBAR Hiasan: Kredit Picture Quotes.
Sesungguhnya sejak dahulu lagi berlian diangkat sebagai simbol yang menunjukkan status, kemewahan, elegan dan kekal malah setiap wanita cintakan berlian waima bintang lagenda Hollywood, Marilyn Monroe pun menyampaikan  lagu yang berjudul “Diamonds Are A Girl’s Bestfriend”.

Walaupun pembelian hanya boleh dibuat secara dalam talian, Habib  masih membuka operasi pusat khidmat pelanggannya seperti sediakala untuk membantu mereka mendapatkan koleksi berlian yang diingini.

Untuk sebarang pertanyaan, para pelanggan boleh menghubungi talian hotline di 019-2222916 atau melalui laman media social di Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).


Kak Fas: Pelanggan Habib Jewels sejak mengenali dan  menulis kisah personaliti CEOnya, Datuk Seri Meer Habib ketika masih bujang lagi sehinggalah mengecapi alam perkahwinan.

#HabibJewels #PestaBerlianHabib #PotonganHarga #MarilynMonroe.

22 ulasan:

  1. Adoii..time pkp ni byk pulak sale sbb nak galakkan org stayathome. Habis duit woii.hahaah

    BalasPadam
  2. Wowww time macam ni dia buat sale adeii mengugat betul..tapi Habib buka ke kedainya? Kalau nak beli online ni rasa was-was plak kann...potongan 50% tu banyak wooo...

    BalasPadam
  3. meletup! potongan harga 50%? adui. time-time PKP lah kan. ok tak pa, boleh cuci mata duluan, nanti serbu habib :)

    BalasPadam
  4. niat nak tambah koleksi.
    tapi tu la. habib di mydin tu tutup sepanjang pkp ni.
    if not, boleh la menjengahkan. ye ke murah?
    pernah skali tu, aida gi. ada offer.
    hmmmm frust. offer bukan utk rakyat marhaen mcm aida.
    offer product yg over bajet je :( syahdu...

    BalasPadam
  5. nasib baik saya ni lelaki dan tak minat barang kemas hehe. banyak pulak promosi time pkp ni

    BalasPadam
  6. Dulu selalu ada iklan promosi habib ni.. Tak pernah pakai pun tahu lah promosi habib ni. Sekarang dah kurang promosi kan. Murah2 pulak tu promosi sekarang

    BalasPadam
  7. masa pkp ni lah banyak betul promosi. gerammm je. manaha nafsu membeli ni haha

    BalasPadam
  8. Duduk rumah macam-macam promosi keluar. Tergugat tengok gelang tangan tu bersinar-sinar.

    BalasPadam
  9. Habib buat potongan 50 % seronoknya kalau boleh survey dekat kedai Habib, nak beli on line memang takut dan tak percaya. moga covid19 dapat diputuskan dan PKP berakhir

    BalasPadam
  10. wahhh banyak tu 50%. TIme PKP ni mencabar jugak ni.banyak duit iena habis shopping online da..huhu bnyk sgt promosi..

    BalasPadam
  11. Terbeliak bijik mata tengok harga diskaun dia. Dah le kita ni peminat belian. Tapi mampu nangis je le nengok

    BalasPadam
  12. Cantiknya, berkilau, haish ornag eprempuan pantang tengok ye..banyak tu diskaun..tiba2 nak usha shopee..hehee

    BalasPadam
  13. alamak ..macam boleh hinting2 kat encik suami je untuk reward raya nih.. hihihi boleh pula ada sales ye..hihi

    BalasPadam
  14. Semua deaign cantik cantik. Tetiba mata ni berkenan pulak kat satu cincin yang ada tapi time pkp ni orang tak kisah sangat nak beli barang kemas. Semua sibuk nak beli barang dapur. Habib Jewels sila buat promosi hari lain atau lanjutkan sehingga gaji kami keluar.. Kah!

    BalasPadam
  15. Wahhh nanti nak tengok emas mereka. Cantik-cantik semuanya! Habib buat online shop dan delivery camana kak? Selamat ke?

    BalasPadam
  16. ok kita datang balik, nak tengok harga potongan tu. haha. wanita tanpa barang kemas, memang tak dapat dipisahkan, kan? :)

    BalasPadam
  17. Berpeluang dijemput ke pesta batu permata Habib tahun lepas. Seronok dapat merasa pakai batu permata Habib ye. Ada sebijik batu blom buat cincin. Hehe.

    BalasPadam
  18. Cantik cantiknye koleksi baru dia. Habib jewel ni nama dia memang dah gah kan. Suka tengok design2 emas dia

    BalasPadam
  19. Koleksinya wow!!! Memang cantik dan nampak ketelitian dalam penghasilannya gitu... memancar-mancar kilauannya... since dalam PKP, boleh order online la kan... nanti nak belek-belek lagi... thanks for the info ya...

    BalasPadam
  20. Orang perempuan kalau dapat tengok barang kemas, memang bahagia je rasa.
    Tapi kalau bajet kurang, alahai..
    Merasa jiwa dibuatnya kan. Hihihi

    BalasPadam
  21. Bestnya potongan 50% . Pandai nye buat promosi time macam ni..iena pn tengah rambang mata ni :)

    BalasPadam
  22. Wahh cantiknya semua koleksi barang kemas Habib Jewel ni.. TB minat gak berlian.. Cantik bersilau bila dipakai.. Wah ada potongan 50% tu.. Boleh la belek2 sat lagi..

    BalasPadam