Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CHE TA 'CUCI GUDANG', HJ ZEEL PROMOSI 'SUPERWOMEN SALE' MELALUI ASASIMALL


SIAPA
minat Rozita Che Wan atau lebih popular dengan panggilan nama Che Ta? Pasti jika anda peminat tegar isteri kepada Zain Saidin ini, tidak mahu melepaskan peluang memperoleh barangan peribadinya kan?

Tetapi bagaimana nak memperolehnya? 


Tak apa jangan gelabah nanti baca story ni sampai ke penghujung ya untuk mendapatkan jawapannya kerana sebelum itu Kak Fas nak cerita dahulu mengenai satu karnival yang bakal diadakan melibatkan Che Ta melalui perkhidmatan perniagaan dalam talian AsasiMall.



Selepas enam bulan beroperasi, AsasiMall buat kali pertama menjalinkan kerjasama dengan artis popular tanah air seperti Rozita Che Wan, Scha Ellinea dan Aidit Noh dalam sebuah karnival jualan hebat.


Karnival jualan selama tiga hari dari 25 hingga 27 September ini dipanggil 'Superwomen Sale'. 


Wow! Menarik kan? Mesti murah giler jualannya ini sebab 'super' gitu...


Karnival ini khabarnya akan berlangsung di pejabat operasi By RCW di Unit 16-1, JALAN LGSB 1/3 Pusat Komersial LGSB off Jalan Hospital, Sungai Buloh dari jam 10 pagi hingga 8 malam.


AsasiMall yang diuruskan pemilik rumah produksi Zeel Production yang juga penerbit terkenal Haji Fadzil Teh atau Hj Zeel optimis karnival yang bakal berlangsung itu akan mendapat sambutan hangat.


“Ini kali pertama kami mengikuti jualan atau karnival seumpama itu. Selama beroperasi teras kami lebih kepada dalam talian. Tapi sesekali kami tidak kisah turut serta dalam acara ‘on ground’.


“InsyaAllah selama karnival jualan berlangsung, pihak AsasiMall akan menjual kelengkapan rumah seperti mangkuk tingkat, periuk, pinggan mangkuk dan seleksi pakaian termasuk jubah Abaya dari Dubai.




“Dengan penyertaan rakan artis, siapa tahu karnival jualan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Kita merancang untuk mengadakan karnival jualan sama lagi di Taman Mini Melaka Oktober depan membabitkan lagi ramai artis termasuk Che Ta sendiri,” kata Fadzil Teh.


Menurut Fadzil lagi, AsasiMall ditubuhkan oleh bekas pelajar Universiti Malaya yang aktif menceburi perniagaan termasuk secara dalam talian.


“Kita juga berharap dalam tempoh sedikit masa lagi, AsasiMall boleh berdiri setanding dengan Lazada dan Shopee. Ia selaras dengan perkembangan semasa di mana hampir 80 peratus transaksi pengguna membeli barangan keperluan mereka dalam talian.


“Oleh kerana saya sendiri begitu dekat dengan artis, peluang berniaga dalam talian ini turut dibuka kepada golongan seni yang mencari pendapatan sampingan dengan berniaga. Tak ketinggalan usahawan daripada semua golongan boleh turut serta.


“Jika ada sesiapa yang berminat tak kira artis atau golongan masyarakat boleh singgah ke pejabat operasi AsasiMall di No 8B, Jalan Nirwana 1 , Taman Nirwana, Ampang bagi mendapatkan maklumat lanjut,” tambahnya.


Fadzil dalam pada itu, berharap platform dalam talian AsasiMall ini akan terus menambat hati masyarakat.


“Kami mensasarkan jualan sehingga RM500,000 hingga hujung tahun ini. Mudah mudahan ia dipermudahkan dan sekali gus dapat membantu menyumbang sebahagian daripada keuntungan kepada bekas pelajar Universiti Malaya. Ketika ini ada dalam 5,000 ahli berdaftar membabitkan bekas penuntut universiti itu yang secara aktif terbabit dalam dunia niaga


“Untuk membeli barang yang dijual boleh layari www.asasimall.my atau muat turun aplikasi AsasiMall di Google Play atau App Store. Boleh juga ikuti perkembangan di Instagram rasmi @asasimall2020 atau hubungi talian 0196190427,” ujar Fadzil (kiri).



Sementara itu, Che Ta yang juga aktif dalam dunia perniagaan sejak beberapa tahun lalu akan melakukan jualan 'cuci gudang'.


Pelbagai barangan seperti tas tangan, baju Melayu, tudung, shawl dan pakaian 'preloved' milik Che Ta akan dijual dengan harga istimewa.


“InsyaAllah dalam tempoh tiga hari itu nanti, saya sasarkan untuk mendapat untung jualan bersih sekitar RM100,000. 


“Baju Melayu  sepasang dijual pada harga RM50 selain dua tas tangan Hera  dijual dengan harga RM300 antara yang tidak wajar dilepaskan.


“Ambillah peluang untuk datang berbelanja dengan bijak pada karnival jualan ini,” kata Che Ta.


Jadi peminat-peminat Che Ta, apa tunggu lagi, tandakan kalendar anda pada tarikh yang telah ditetapkan itu iaitu hanya tinggal dua hari sahaja lagi tau! Kalau terlepas jangan menyesal atau 'putih mata' tau!



#SuperwomenSale #AsasiMallXbyRCW #RozitaCheWan #JualanHebat


2 ulasan:

REEF OMAR berkata...

Bestnya.. berkenan pinggan ayan tu...

Unknown berkata...

comelnya mangkuk tingkat dia.