Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM TONTON VIDEO MUZIK TERBAHARU TOK TI? ADA MIRA FILZAH, HUN HAQEEM TAU!


TEPAT pukul 9 malam semalam (16 Oktober 2020) bertepatan dengan penghulu segala hari, iaitu Hari Jumaat, terciptanya satu lagi sejarah buat penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza apabila video muzik terbaharunya dengan lagu 'Siapa Tak Mahu' dilancarkan.

Tidak mahu ketinggalan Kak Fas turut melayari YouTube Siti Nurhaliza bagi mencari 'Siapa Tak Mahu'. 

Iya lah siapa tak mahu kan menonton video muzik terbaharu penyanyi yang dah lama Kak Fas kenal ini sejak menjadi 'editor' majalah HAI ketika Siti mula-mula masuk industri lagi malah Siti turut 'join' road show promosi HAI di mana pertama kali Kak Fas bertemu dengannya ialah di kawasan perkelahan Sungei Tua, Ulu Yam (jika tak silap).

Jadi sudah tentu Kak Fas sentiasa mengikuti perkembangan Siti sejak remaja hinggalah kini menjadi ibu kepada Siti Aafiyah.

Terkini, ketika artikel ini ditulis, video muzik Siti yang lebih mesra disapa Tok Ti telah pun mencapai 216,424 tontonan dalam masa empat jam dimuat naik.

Wah! Kan dah kata siapa tak mahu tonton kan apatah lagi video muzik di bawah produksi Zeel Production arahan pengarah kreatif, Ghazi Maslan ini menampilkan dua artis popular, Mira Filzah dan pelakon muda, Hun Haqeem. 

Lagu ciptaan Omar K, John Jeevasingham dan Ikhwan Fatanna ini merupakan lagu ke-6 daripada album ‘ManifestaSITI2020’ terbitan bersama Universal Music Malaysia Sdn Bhd, yang diberikan pendamping visual selepas  muzik video ‘Anta Permana’, Kasihku Selamanya, ‘Terang’, 7 Nasihat dan ‘Aku Bidadari Syurgamu’.


Apabila menampilkan Mira Filzah dan Hun Haqeem, apa sebenarya mesej yang ingin disampai Tok Ti agaknya?

Menurut Tok Ti, mesej yang paling jelas di dalam lagu ni adalah jika mahukan pasangan yang baik kita juga perlu menunjukkan sikap yang sama. 

Video ini menceritakan bagaimana sesebuah hubungan itu akan berjalan lancar sekiranya setiap pasangan mengambil sikap untuk menghargai dan berbuat baik. 

Setiap hubungan pasti ada pasang surut tetapi sikap untuk berubah dan berusaha memperbaiki diri akan menyemarakkan lagi kasih sayang.

Begitulah beberapa unsur nasihat yang cuba disampaikan di dalam lagu ini oleh Siti sesuai dengan garapan visual secara sinematik oleh pengarahnya, Ghazi.

Penampilan Siti di dalam video muzik berkenaan agak berbeza di mana pelantun lagu 'Aku Bidadari Syurgamu' ini menjadi perisik ala-ala Nora Zain gitu.


Tugasnya, memerhati gerak geri pasangan sedang bercinta, lakonan Mira Filzah dan Hun Haqeem bahkan Siti dilihat mengenakan beberapa persalinan busana mengikut karakternya.

"Saya berharap lagu dan video muzik 'Siapa Tak Mahu' akan sama-sama mendapat tempat di hati para peminat dan ini merupakan di antara perancangan yang saya lakukan sebelum berehat supaya karya saya tetap berjalan’’, ujar Dato’ Seri Siti.

Rasanya, peminatnya semua dah maklum kan Siti mahu berehat panjang bagi menumpukan kepada impiannya untuk menimang cahaya mata kedua dengan mencuba sekali lagi kaedah IVF sebagaimana yang dilakukan ketika menghamilkan Siti Aafiyah selepas 11 tahun berkahwin.

Apa pun dalam tempoh itu, video muzik terbaharu ini diharap dapat meneruskan lagi promosi lagu 'Siapa Tak Mahu' yang dipilih menjadi single seterusnya selepas lagu 'Aku Bidadari Syurgamu'. 

Meh! Kak Fas belanja korang dengan YouTube Tok Ti di sini ya...Selamat Terhibur!



#SiapaTakMahu #ctdk #SitiNurhaliza #UniversalMusicMalaysia #MiraFilzah





1 ulasan:

Diana Rashid berkata...

Saya pun peminat setia siti sejak sekolah lagi.Memang suka dengan lagu2 dia dan peribadi dia jugak..