Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JURI GAGAL TEKA SIAPA DI SEBALIK KOSTUM 'RENO'



SIAPA sangka, pelawak Chiwan Chilok yang berada di sebalik topeng berkostum Reno pada pentas suku akhir pertandingan nyanyian berkonsepkan misterti ‘The Masked Singer Malaysia’ yang bersiaran Jumaat lalu kan?


Rasanya nama Chiwan tidak disebut oleh barisan 12 juri yang mengadili pentas ini selama 5 minggu sebelumnya kan? Ke ada gak? Penulis kurang ingat hihi…


Apa pun, tekaan para juri tetap yang terdiri daripada Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah SINAR, hanya sekali sahaja berjaya meneka tepat apabila menamakan Hairul Azreen di sebalik topeng Ayam Jantan pada minggu kelima lalu.



Lebih mengejutkan lagi apabila Reno berada di ‘bottom three’ bersama Rajah Brooke yang merupakan favourite dan sentiasa berada pada kedudukan teratas setiap minggu, bersama Wau yang memperlihatkan persembahan meningkat.


Namun Reno terpaksa akur dengan pemarkahan terendah sebanyak 72% meninggalkan Rajah Brooke dan Wau meneruskan perjalanan ke peringkat separuh akhir bersama Orang Utan, Enggang, Rafflesia dan Bunga Raya.




Mengulas tentang penyingkirannya Chiwan berkata, beliau berasa terharu kerana rata-rata penonton program ‘The Masked Singer Malaysia’ berjaya meneka namanya ketika mengenakan kostum Reno, dan tidak menyangka ramai yang mengenali suaranya biarpun dirinya kurang dikenali ramai.



Berdasarkan apa yang dilihat pada Instagram dari minggu pertama lagi, ramai yang teka namanya.


“Kiranya saya diterima dalam industri ini. Dengan suara saja orang boleh kenal, kiranya mereka betul-betul hargai kita,” ujarnya.


Menurutnya, beliau terpaksa menahan diri daripada membalas mesej yang dihantar pengikut di ruangan pesanan. 


“Banyak yang komen dan tagged saya. Saya diam sahaja tak cakap apa-apa. Selalunya saya tak macam ni, saya akan melayan setiap mesej yang diterima.” cerita Chiwan.




Kini, siapakah di antara Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang, Rafflesia dan Bunga Raya yang akan bergelar finalis? 


Saksikan pentas separuh akhir ‘The Masked Singer Malaysia ‘di saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) pada Jumaat, jam 9 malam!


Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.



#TheMaskedSingerMalaysia #TheMaskedSingerMy #Chiwan #RajahBrooke #Wau 

1 ulasan: