Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELUANG MENANGI WANG TUNAI BERNILAI RM9,000. LAYAN 4 SALURAN RADIO ASTRO!


MULAI
jam 12.01 tengah malam ini (14 Oktober 2020) sekali lagi Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 27 Oktober ini.

Perintah sama turut dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa 12/01 tengah malam ini juga sehingga 26 Oktober depan.


Sehubungan itu, sekali lagi kita terpaksa akur dan jika perlu #dudukdirumah jika tidak mahu gelombang pandemik COVID-19 bermaharaja lela.


Tapi tak tahu nak buat apa? 


Jangan risau apa kata dari sekarang sehingga 23 Oktober ini korang melayan empat saluran radio ASTRO iaitu Era, Sinar, Gegar dan Zayan kerana sambil berhibur di rumah pun korang berpeluang memenangi wang tunai bernilai sehingga RM9,000 tau!


Tak percaya? Takkan Kak Fas nak tipu.. tak baik tau...Kak Fas nak kongsi rezeki yang 'bergolek' ini jika korang bertuah.


Jika nak tahu apa cara nya ikuti penerangan Kak Fas seterusnya di bawah ini ya... kita mulakan dengan peraduan di Radio Era dahulu sebab Kak Fas percaya ramai yang suka mendengar radio Era pagi-pagi sebab Kak Fas pun sama hihi...


Dari sekarang hingga 23 Oktober, para peminat radio ERA yang berbakat boleh sertai ‘ERA Tiktokber’ di media sosial Tik Tok atau klik sahaja SINI dan berpeluang menang wang tunai bernilaI sehingga RM9,000!


Syarat-syaratnya:

  • Peserta perlu memuat naik video menari di aplikasi TikTok dan sertakan tanda pagar #ERATiktokber. 
  • Peserta boleh memilih untuk menari secara perseorangan atau berkumpulan, namun tidak melebihi dari 3 orang di dalam satu video. 
  • Pilihan lagu dan tema video adalah ditentukan oleh peserta dan video yang dimuat naik haruslah kreatif dan asli daripada idea peserta sendiri. 
  • Peserta perlu pastikan akuan TikTok adalah umum (public). 
  • Pemenang akan ditentukan berdasarkan video para peserta yang asli dan kreatif.
  • Dapatkan maklumat lanjut berkaitan #ERATikTokber di Tik Tok, Facebook dan Instagram ERA. 

RADIO SINAR:

Para peminat SINAR boleh menang sebahagian wang tunai bernilai RM9,000 dengan peraduan ‘Penuh Tak Penuh SINAR’ dari sekarang hingga 23 Oktober di udara dan melalui aplikasi SYOK.

Syarat-syaratnya:

*    Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara untuk membuat tekaan lagu di SINAR.

*.   Pilih perkataan ‘Penuh’ atau ‘Tidak Penuh’ untuk meneruskan permainan.

*.   Personaliti SINAR akan memainkan sedutan lagu berdasarkan pilihan perkataan yang dipilih oleh pemanggil. 

*.   Peserta yang memilih perkataan ‘Penuh’ akan diberikan sedutan penuh sebaris lirik untuk diteka. Setiap jawapan betul akan membawa pulang wang tunai bernilai RM50 sahaja. 

*.   Manakala, peserta yang memilih perkataan ‘Tidak Penuh’ akan diberikan hanya separuh sedutan lirik untuk diteka. Ganjaran RM150 diberikan untuk setiap jawapan yang betul.

*.   Dapatkan maklumat lanjut berkaitan ‘Penuh Tak Penuh SINAR’ di Facebook dan Instagram SINAR.


RADIO GEGAR:

Para peminat GEGAR boleh ambil bahagian dalam ‘GEGAR Bayar Bil’ dari      sekarang hingga 23 Oktober menerusi laman rasmi GEGAR: gegar.my

Syarat-syaratnya:

  • Peserta perlu melayari laman rasmi GEGAR di gegar.my dan klik pautan ‘GEGAR Bayar Bil’ untuk mengambil bahagian. 
  • Lengkapkan butiran peribadi beserta keratan bil yang ingin di bayar oleh GEGAR. Jumlah bil haruslah tidak melebihi RM200. 
  • Peserta perlu nyatakan sebab-sebab kenapa pihak GEGAR perlu membantu untuk membayar bil tersebut.  
  • Jawapan yang paling kreatif dan munasabah berpeluang menjadi pemenang.
  •  Dapatkan maklumat lanjut berkaitan ‘GEGAR Bayar Bil’ di gegar.my, Facebook dan Instagram GEGAR.·  

RADIO ZAYAN:  

    Pada peminat ZAYAN boleh menyertai 'ZAYAN Nasyid Bros' untuk menang RM200 pada setiap tekaan yang betul di udara dan melalui aplikasi SYOK dari sekarang hingga 23 Oktober 2020.

Syarat-syaratnya:

  •  Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara untuk membuat tekaan penyanyi lagu di ZAYAN
  • Peserta boleh mendapatkan pembayang jawapan di Facebook and Instagram ZAYAN. 
  • Berdasarkan pembayang, peserta perlu memberikan jawapan yang betul untuk membawa pulang wang tunai bernilai RM200. Sekiranya jawapan salah, wang tersebut akan digandakan pada segmen seterusnya. 
  • Dapatkan maklumat lanjut berkaitan ‘ZAYAN Nasyid Bros’ di Facebook dan Instagram ZAYAN.


  • #ERA #SINAR #GEGAR #ZAYAN #MenangHadiah #PeraduanRadioAstro #PKPB




Tiada ulasan: