Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'7 NASIHAT' LAGU TERBAIK SEPARUH AKHIR SFMM35 TEWASKAN 'AKU BIDADARI SYURGAMU'



JiIKA
pada pentas pertama separuh akhir Muzik-Muzik pada 20 November lalu, lagu Hael Husaini 'Hati' yang terpilih sebagai lagu terbaik menimbulkan kontroversi, barangkali lagu '7 Nasihat' nyanyian asal Dato Sri Siti Nurhaliza, yang dinyanyikan oleh Shiha Zikir bersama penyanyi duo rapper, Kmy Kmo dan Luca Sickta yang dinobatkan lagu terbaik malam tadi dipersetujui ramai.

Kak Fas pun sudah agak kelainan lagu ini akan menambat hati barisan juri untuk mengangkat '7 Nasihat' sebagai lagu terbaik sekali gus mengetepikan 9 buah lagu lain termasuk lagu nyanyian Tok Ti juga iaitu 'Aku Bidadari Syurgamu' yang disampaikan oleh Aishah.


Seperti yang semua maklum Siti Nurhaliza memang tidak akan menyanyikan lagunya di pentas AJL di mana kali terakhir beliau berbuat demikian adalah pada AJL22 (2008) dengan lagu 'Destinasi Cinta'. 

Dalam pada itu,  pada AJL34 tahun lalu, Siti membuat kejutan apabila muncul di pentas untuk bersama Bob Yusof yang mendendangkan lagunya 'Anta Permana'.


Korang mesti masih ingat kan waktu itu apabila tiba-tiba mikrofon pula tidak berfungsi dengan baik dan suara Siti tidak kedengaran seketika.

Apa pun di pentas Muzik-Muzik ke-35 semalam, penyanyi Shiha Zikir yang dipertanggungjawabkan menyampaikan lagu '7 Nasihat' bersama penciptanya Kmy Kmo dan Luca Sickta  ternyata mempersembahkannya dengan baik sekali gus memikat hati juri.



Sementara lagu 'Aku Bidadari Syurgamu' nyanyian Aishah dilihat tidak begitu menyerlah malah mendapat komen agak kurang menarik dari netizen yang berpendapat lagu itu tidak sesuai dengan suara Aishah.


Apa pun bagi Siti Nurhaliza yang menulis dalam laman Instagramnya, beliau berterima kasih kepada semua 'penggantinya' terutama Aishah yang sudi mengambil alih tempatnya untuk lagu 'Aku Bidadari Syurgamu'.

Ini yang ditulis Siti:


Dan bagi kemenangan lagu '7 Nasihat'' Siti memuat naik nota tahniah kepada Shiha, Kmy Kmo dan Luca Sickta sambil berkata, "Lagu ciptaan anak-anak muda ini, mempunyai nilai moral yang baik di dalam liriknya serta kombonasi moden & tradisional ini akan memberikan nilai positif buat kita semua. Syabas! Kak Siti doakan kalian terus memberikan karya yang baik!"



      


#SFMM35 #Muzik-Muzik35 #AJL35 #SitiNurhaliza #7Nasihat #Aku BidadariSyurgamu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan