Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AINA ABDUL JUARA 'THE MASKED SINGER MALAYSIA' PERTAMA




AKHIRNYAterjawab sudah siapa di sebalik topeng ‘Bunga Raya’ namun 12 barisan juri yang mengadilinya tidak menyangka penyanyi misteri itu adalah Aina Abdul


Ya, Aina Abdul yang memakai kostum ‘Bunga Raya’ diumumkan juara pertama penerima trofi ‘The Masked Singer Malaysia’ pada pentas akhir program realiti terbitan Astro Warna yang bersiaran malam semalam. 


Barisan 12 juri tetap terdiri daripada Datuk Aznil Nawawi, Ella, Angah, Nabila Huda, Remy Ishak, Ramona Zamzam, Raja Azura, Michael Ang dan Mark Adam yang menggantikan tempat Zizan Razak masing-masing menamakan Ernie Zakri atau Baby Shima mahu pun Noorkhiriah, kata Pak Nil yang memakai kostum Bunga Raya.



Barang kali Ella sahaja yang pernah menyebut nama Aina Abdul  namun itu pun beliau seperti masih ragu-ragu apabila meneka anak saudaranya, Kaka sebagai penyanyi misteri di sebalik Bunga Raya.


Apa pun, tahniah kepada Bunga Raya yang menyampaikan dua buah lagu ‘Listen’ (Beyonce) dan dan lagu Bunkface, ‘Malam ini Kita Punya’ mengalahkan ‘Raja Brooke’ yang sering  menduduki carta teratas iaitu Vanessa Renauld serta ‘Orang Utan’  (Tuju K Clique) di tempat ketiga.




Tempat keempat disandang Datin Alyah di sebalik kostum ‘Wau’ manakala Vince AF menduduki tangga kelima disebalik topeng Enggang. 


Markah kedudukan tiga peserta pertama agak rapat di mana Bunga Raya mengatasi Raja Brooke dengan 1 mata pada kedudukan 96% dimana Raja Brooke memperoleh 95% diikuti Orang Utan dengan markah 94%.


Seterusnya, pada kedudukan keempat, Wau menerima 88% mengalahkan Enggang dengan 1% iaitu 87%.





Bagi pentas terakhir ini, setelah 8 minggu bersiaran baharulah pertama kalinya, barisan juri meneka dengan tepat hampir kesemua penyanyi misteri di sebalik topeng kecuali Aina Abdul yang rata-ratanya menganggap penyanyi di sebalik topeng Bunga Raya yang kecil tubuhnya itu adalah Ernie Zakri mahu pun Baby Shima.


Bekas peserta Ceria Popstar musim ke-3 ini, Vanessa yang sentiasa konsisten dalam persembahannya setiap minggu menyampaikan lagu Ernie Zakri ‘Ku Bersuara’ yang mengelirukan juri apabila suaranya mirip penyanyi lagu asal itu manakala lagu keduanya, beliau memilih ‘Rampas’ nyanyian Akim & The Majistret.




Dalam pada itu, ‘Orang Utan’ yang menyanyikan lagu ‘Dia’ (Anji) dan ‘Apa Khabar & Sang Saka Biru’ dengan baik sekali sehingga juri berpendapat lagu bergenre itu adalah makanannya menyakinkan mereka lagi bahawa penyanyi itu adalah ‘Tuju K-Clique.’


Begitu juga Datin Alyah yang berada di sebalik topeng ‘Wau’ di mana kedua-dua buah lagu yang dibawakannya iaitu ‘I Surrender” (Celine Dion) dan ‘Opera Hidup & Pawana’ menepati tekaan juri.


Akhir sekali, Enggang juga dengan mudah sekali diteka tepat oleh juri apabila kesemua mereka menamakan Vince AF sebagai empunya diri. Vince membawa lagu ‘Tiada Lagi’ (Amy Search) dan ‘Generasi Ku’ dari OAG.



Terdahulu, barisan juri hanya mendapat teka tepat buat pertama kalinya pada minggu  kelima apabila menamakan Datin Paduka Eina Azman di sebalik topeng Rafflesia serta  Hairul Azreen yang tersingkir pada minggu ke-6 disebalik kostum Ayam Jantan.


Selain Rafflesia dan Ayam Jantan, lima  lagi peserta yang tersingkir tetapi tidak menepati tekaan juri dengan tepat  adalah Nasi Lemak (Dato Minarwan). Rimau (Ebby Saiful), ABC (Yana Samsuddin); Musang King (Zain Ruffedge) dan Reno (Chiwan). 


‘The Masked Singer Malaysia’ yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, ‘The King of Mask Singer’ yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.


Kak Fas: Turut meneka juaranya 'Bunga Raya' dan Naib Juara 'Rajah Brooke' cuma tersilap caturan apabila menamakan Aina Abdul di sebalik Rajah Brooke dan Erinie Zakri dalam kostum Bunga Raya huhu.... apa pun Tahniah semua!




Video kredit: Meet Anton.

#TheMaskedSingerMalaysia #SiapaDisebalikTopeng #TheMaskedSingerMy #OppoReno4Pro #SkMagic #SkrinMelengkung3D #AstroWarna #Tahniah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan