Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

EINA AZMAN TERSINGKIR! SIAPA JUARA 'THE MASKED SINGER MALAYSIA' 6 NOV INI?



BUAT kali kedua, barisan juri dapat meneka siapa di sebalik kostum 'Raffesia' pada pentas separuh akhir 'The Masked Singer Malaysia' yang berlangsung Jumaat lalu apabila menamakan Datin Paduka Eina Azman sebagai penyanyi misteri tersebut.


Eina yang mendapat markah terendah sebanyak 78% ketika menyampaikan dua buah lagu iaitu 'I Will Survive & Survivor'  dan battle bersama rakan saingannya, Wau dengan lagu 'Drama King terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rakan duetnya itu dan Orang Utan yang berada di 'bottom three' bersamanya.


"Semasa awal-awal terima tawaran, saya tidak tahu tentang program ini kerana tidak pernah menyaksikannya. Tetapi selepas saya membuat research, saya berfikir, ‘Wow, something different!’.


"Saya bukan seorang penyanyi, tidak pandai menari serta tidak pernah membuat persembahan depan ramai orang. Selepas saya bercakap dengan suami, dia kata, kalau rasa berani dan nak cabar diri, ‘go for it’. Saya berjaya keluar dari zon selesa dengan menjadi seorang Rafflesia. Saya pun tidak sangka langsung boleh sampai ke separuh akhir, ingatkan minggu kedua dah tersingkir!," ujar Eina kepada Datuk AC Mizal selaku hos sebaik topengnya ditanggalkan dan dirinya diperkenalkan.



Dan sekali gus juga barisan juri yang meneka tepat bertepuk tangan yang pastinya bukan kerana Eina tersingkir tetapi kerana buat kali keduanya setelah enam minggu mampu meneka tepat.


Walau pun daripada komen juri, persembahan Eina nampak lebih baik dan meningkat namun markahnya berjumlah 78% yang dinilai 100% oleh juri-juri tetap Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah SINAR tidak mampu menyelamatkannya.


Kedudukan rakannya pada 'bottom three' iaitu Wau memperoleh 89% manakala Orang Utan memperoleh 90%. 




Tiga rakan lain yang teratas kali ini juga agak mengejutkan apabila Bunga Raya dapat mengatasi Rajah Brooke dengan markah 96% berbanding 94% diterima Raja Brooke sementara tempat ketiga diambil alih Enggang dengan 91%.

 

Minggu separuh akhir ternyata penuh dengan debaran dan momen-momen mengejutkan. Malah, tanda pagar rasmi #TheMaskedSingerMalaysia trending nombor 1 di laman Twitter pada hari Jumaat lepas! 


Siapakah di antara Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang dan Bunga Raya yang akan bergelar JUARA


Saksikan Pentas Finalé ‘The Masked Singer Malaysia’ di saluran Astro Warna (CH127) danWarna HD (CH107) pada 6 November, Jumaat, jam 9 malam!




#TheMaskedSingerMalaysia #TheMaskedSingerMy #Rafflesia #EinaAzman #Tersingkir




Tiada ulasan:

Catat Ulasan