Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PERINGATAN BUAT PENIAGA PREMIS MAKANAN. JANGAN TIPU ATAU HADAPI HUKUMAN BERAT!


SEMUA peniaga premis makanan diingatkan menjaga etika perniagaan masing-masing dengan tidak menghidangkan makanan dan minuman berlainan daripada yang tertera di menu atau menghadapi hukuman denda sehingga RM250,000.


Ini ekoran banyak aduan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) daripada pelanggan berhubung penyataan palsu yang diperlihatkan oleh peniaga seperti minuman jenama ‘Milo’ atau ‘Nescafe.


“Tetapi apabila dihidangkan kepada pelanggan ternyata minuman itu adalah dari jenama lain dengan kualiti berlainan daripada yang dipesan mengikut menu tertera,” ujar  Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya, Dato Iskandar Halim Hj Sulaiman.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau memandang serius aduan yang diterima di mana KPDNHEP telah mengarahkan anggota penguat kuasa di seluruh negara untuk menjalankan pemeriksaan di premis-premis restoran.


Sehubungan itu, sepanjang tempoh pemeriksaan yang berjalan dari 7 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020, KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan ke atas 881  premis kedai makan dan restoran di seluruh negara dan telah menghasilkan 2 kes  di bawah seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menggunakan perihal dagangan palsu iaitu mengguna perihal ‘Milo’.


“Perlakuan ini jelas menunjukkan penggunaan perihal dagangan palsu pada barangan atau makanan yang ditawarkan oleh peniaga atau restoran,” tambah Iskandar.


Menurutnya, sebagaimana sedia maklum, penyataan pada menu makanan sama ada di meja atau di dinding restoran adalah satu bentuk perihal dagangan yang dirujuk oleh pengguna untuk mendapatkan maklumat sebelum memesan sesuatu makanan dan minuman.


Perihal dagangan palsu dan mengelirukan yang diberikan kepada pengguna adalah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, iaitu mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan iaitu perihal dagangan sepertimana di bawah seksyen 6 akta yang sama iaitu perihal dagangan berkenaan jenis atau nama atau kuantiti lain.


Sekiranya didapati melakukan kesalahan, mana-mana pemilik tersebut akan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit bagi suatu pertubuhan perbadanan. 



Dan jika pemilik tersbut bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. 


Justeru itu, orang ramai digalakkan untuk menyalurkan maklumat kepada KPDNHEP dengan melaporkan sebarang aduan berkaitan perkara ini melalui portal eaduan.kpdnhep.gov.my atau di talian 1-800-886-800 atau Whatsapp ke 019-2794317 atau di talian 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC) atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif selaras dengan cogan kata Bahagian penguat Kuasa PANTAS, CEKAP DAN EFEKTIF”. 



#KPDNHEP #MILO #Nescafe #Menu #Minuman #DaganganPalsu #HukumanBerat

1 ulasan:

Unknown berkata...

Milo la selalunya yang diaorang tipu. Pelik bila milo kat rasa lain , kat kedai rasa lain pulak.