Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RINDUKAN SANDRA DIANNE? SAKSI 'KITAK KAROK BAH' BERSAMA ARTIS SABAH & SARAWAK LAIN DI TV OKEY!

KENANGAN bersama Sandra Dianne di Kundasang, Sabah pasti menyentuh perasaan.

SABAH dan Sarawak, yang terletak di kepulauan Borneo berpegang teguh pada identiti mereka dan sehingga kini, dua negeri ini antara yang paling menonjol dari segi budaya, tradisi dan masyarakatnya. Anak-anak kelahiran Borneo juga cukup cemerlang dalam bidang yang diceburi mereka. 


Ini terbukti dengan beberapa artis kelahiran Sabah mahu pun Sarawak yang telah mencipta nama dan popular seperti antaranya Hafiz Suip, Stacy, Marsha Milan dan ramai lagi lah yang mungkin kita terlepas pandang.


Jadi, apa kata kita layan program terbaharu dari Radio Televisyen Malaysia (RTM), ‘Kitak Karok Bah’ yang merupakan siaran TV muzikal travelog, berkonsepkan muzik di Sabah dan Sarawak yang membongkar keunikan negeri Sabah dan Sarawak bersama-sama Harith Daniel dan 13 artis jemputannya.




Tujuh artis tempatan kelahiran Sabah bersama-sama hos mengunjungi dan berkongsi info lokasi menarik dalam negeri yang sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" itu. Pastinya perkongsian ini bukan sahaja memperkenalkan destinasi menarik sebaliknya penonton turut dihiburkan dengan nyanyian melodi indah daripada artis undangan. 


Penyanyi rap, Benzooloo (gambar atas) atau nama sebenarnya Bennye Francis, menerokai lokasi indah terletak di sekitar Semporna, Sabah antaranya Pusat Lautan Pelancongan Semporna, dan Galeri Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna. 


Seterusnya Natasha Amanda berada di Ranau, Sabah memperkenalkan lokasi Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud, Sabah, diikuti episod bersama Diddy di Sandakan, Sabah, Kumpulan Roktrus (gambar bawah) berada di Kokol Farmstay, Hard Rock Café, Kota Kinabalu, Sabah, dan Allahyarham Sandra Dianne (bawah) di Kundasang, Sabah.



Ada juga episod bersama-sama dua lagi penyanyi Sabah iaitu Pidang di Lahad Datu dan Fauziah Gambus (kiri) bercerita dan mengunjungi kawasan menarik di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.


Bintang-bintang kelahiran Sarawak pula antaranya Fieya Julia, anak kelahiran Kuching Sarawak yang dikenali dengan lagu nyanyiannya bertajuk Perasaanku. Fieya meluangkan masa memperkenalkan keistimewaan terletak di Bau, Sarawak.


Seterusnya ikuti perjalanan mengujakan artis Sarawak yang lain termasuklah Novita di Miri, Sarawak, Elvin George di Miri, Sarawak, Kumpulan 17teen di Bintulu, Sarawak, Alfairez J. di Santubong, Sarawak yang mengunjungi Rumah Melanau dan Fiona John di Kuching, Sarawak berkesempatan mengunjungi kedai Kek Lapis Warisan.


Bersama Elvin George di Miri dan Fieya Julia (bawah) di Bau, Sarawak.


Wah! Banyak juga nama-nama penyanyi Sabah dan Sarawak ini yang Kak Fas belum kenal.


Jadi bagi yang mahu mengenali mereka apa kata tandakan kalendar anda  untuk menonton ‘Kitak Karok Bah’ mulai 25 November ini, setiap Rabu, pukul 11.00 pagi menerusi saluran TV Okey.


Tetapi jika tak sempat untuk menonton di TV, korang  berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my) malah  dapat ditonton juga melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.



FIONA John di Kuching, Sarawak berkesempatan mengunjungi kedai Kek Lapis Warisan

1 ulasan: