Posts

FAITH FLEUR BIKIN ERRA JATUH CINTA LAGI... SIAPA BUAH HATINYA?

Image
Dah lama Kak Fas tidak bertemu dengan artis yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu ini... siapa lagi jika bukan Erra Fazira atau pemilik nama sebenar, Fazira Wan Chek, 46, ini.

Hampir tiga dekad bergelar anak seni Kak Fas percaya nama Erra tetap di hati peminat malah masih relevan serta ampuh di liganya yang tersendiri.

Baru-baru ini atas undangan rakan media yang menguruskan jemputan, Kak Fas berpeluang hadir ke sebuah majis pelancaran di mana  Erra dilamar jenama set penjagaan rambut,'Faith Fleur' sebagai dutanya.

Tentu sekali Kak Fas menerima jemputan tersebut apatah lagi sejak PKP pada bulan Mac lalu dah lama tidak ke mana-mana majlis media apatah lagi bertemu pemenang trofi Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH sebanyak tujuh kali sejak 1994 ini.

Nak tahu juga lah kan kenapa Erra sanggup menjadi duta kepada sebuah jenama tempatan yang baharu tiga tahun berada di pasaran berbanding jenama antarabangsa yang lebih popular?

"Saya tidak memilih jenama samada tempatan ke ata…

JOM JUAL PRODUK BUATAN MALAYSIA MELALUI SHOPEE

Image
Kerjasama berterusan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Shopee Malaysia kembali bagi tahun keduanya dengan menawarkan lima kali ganda tawaran berbanding tahun lepas apabila sekali lagi pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia diteruskan bagi tempoh enam bulan bermula Julai ini.

Pelancaran kempen menyaksikan Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi bersama Ketua Produk Konsumer Cepat Laris (FMCG) Shopee Malaysia, Tan Ming Kit menyempurnakannya menerusi portal aplikasi baharu yang dikenali sebagai Buy Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Derngan terlaksananya kempen tahun ini, KPDNHEP menyasarkan jualan sebanyak RM513 juta  berbanding nilai jualan tahun lalu sebanyak RM430 juta yang diperoleh sepanjang Julai hingga Disember 2019.

“Perniagaan tempatan hanya boleh pulih sekiranya pengguna mula berbelanja dan mengutamakan barangan tempatan bagi merancakkan ekonomi domestik. Atas sebab inilah KPDNHEP bekerjasama dengan Shopee dalam menyedia…

APA LUAHAN SITI NURHALIZA MELALUI 'MANIFESTASITI2020'?

Image
Selepas 3 tahun tanpa album melainkan single sahaja, tertunai sudah janji yang pernah dilafazkan penyanyi tersohor, Dato Sri Siti Nurhaliza dengan munculnya buah tangan terbaharu, album solonya 'ManifestaSITI2020' baru-baru ini.

Melihat pada judulnya sahaja sudah dapat membayangkan maksud tersurat serta tersirat yang disampaikan oleh Bintang Paling Popular tujuh kali pada Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH ini.

"Album ini adalah satu terjemahan emosi dan juga suara hati saya kepada semua peminat selain ingin mencatat kenangan peribadi pada tahun yang bukan sahaja unik dari segi angkanya tetapi juga bakal diabadikan dalam lipatan sejarah dunia," ujar Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti.


Almaklumlah apabila berdepan dengan pelbagai kekangan seperti penularan wabak COVID-19 yang membuatkan pembikinan album turut tertangguh, kemunculan album 'ManifestaSITI2020' yang dilancarkan bersama iringan air mata sudah pasti mengundang rasa sebak dihati semua yang hadir pad…

"SUNWAY LAGOON' DIBUKA IKUT PERATURAN SOP...

Image
Sunway Lagoon dah buka?
Wow! Ini tentu satu berita yang dinanti-nantikan oleh mereka yang sentiasa suka jelajah ke taman tema seluas 35 hektar dengan lebih 90 tarikan ini.
Sejujurnya dah bertahun-tahun rasanya Kak Fas tidak berkunjung ke Sunway Lagoon melainkan anak-anak cucu sahaja yang sentiasa mahu beriadah.
Dan baru-baru ini apabila mendapat pertanyaan  dari teman blogger, Along Murni samada mahu menyertai pelancaran pembukaan semula Sunway Lagoon, disebabkan ada jemputan, barulah terbuka hati Kak Fas untuk mengikuti.
Salah satu sebabnya tentulah Kak Fas mahu tahu bagaimana keadaan dan situasi di dalam taman tema ini selepas ditutup sejak 18 Mac susulan pandemik COVID-19.
Ya lah…. wabak ini kan belum berakhir sepenuhnya tetapi atas kelonggaran yang dibenarkan Kerajaan maka nak tahu juga bagaimana organisasi taman tema terbesar ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Sebaik sahaja tiba, ada beberapa meja daftar yang disediakan mengikut kategori…

TV AlHIJRAH, MOFAZ BERGANDING BAHU ANJUR IBADAH KORBAN DI RUSIA

Image
“Saya boleh katakan bahawa kerjasama dan penajaan yang diberikan oleh Kumpulan MOFAZ yang mencecah ribuan juta mengatasi kos tajaan yang pernah diterima oleh mana-mana syarikat televisyen bagi sesebuah program realiti sebelum ini contohnya,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.
Tidak mahu mendedahkan kos sebenar, Namanzee sekadar memberi bayangan kos yang diterima dari MOFAZ sebagai penaja utama program tadabbur Al-Quran, ‘My #Quran Time’  cukup lumayan.
“Kredibiliti MOFAZ sebagai pemangkin dan penjana ekonomi serantau dilihat selari dengan aspirasi TV AlHijrah yang sentiasa mencari ruang dan peluang dalam menggerakkan potensi ummah,” ujar Namanzee ketika ditemui pada majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara TV AlHijrah dan Kumpulan MOFAZ Sdn Bhd., yang disempurnakan bersama Presiden MOFAZ, Hj Mohamed Fauzy Abdul Hamid baru-baru ini.

Turut bersama Hj Suffian Hj Yahya, Pengurus Besar Kejuruteraan dan Sokongan Penyiaran TV AlHijrah serta Dato Zulkif…

SELEPAS JANTUNG BER...'DUP DUP' AIZAT PILIH ARTIS INDONESIA. SIAPA TU?

Image
Jika rapper Bunga menjadi pilihan penyanyi Aizat Amdan untuk berduet dalam lagu singlenya terdahulu, ‘Dup Dup’,  terbaharu beliau mahukan pula penyanyi Indonesia, Hanin Dhiya sebagai rakan duet dalam lagu, ‘Ku Mau’.
Siapa Hanin?
Beliau merupakan bekas peserta akhir rancangan realiti Rising Star Indonesia beberapa tahun lalu.  Jadi kiranya  bekas peserta realiti Malaysia di mana Aizat juga adalah peserta rancangan realiti Akademi Fantasia bertemu bekas peserta program realiti Indonesia lah ni kan? 
Sudah tentu Aizat mahukan Hanin disebabkan suaranya sangat merdu dan serasi dengan gaya vokal Aizat ya tak?
“Sebagai penyanyi dan penulis lagu, saya memang mengimpikan untuk mengembangkan karya saya dan berkolaborasi demi mendekati pendengar seluruh dunia.,” kata Aizat.
‘KU MAU’ merupakan langkah pertama gabungan Aizat bersama penulis Sweden Melanie Wehbe (komposer), Elias Naslin (penerbit/jurutera/komposer), Indonesia Yeshua Abraham (penulis lirik bahasa Indonesia) dan Malaysia Anas Amdan (produ…

CERIA MEGASTAR SAMBUNG SIARAN IKUT SOP

Image
'Ceria Megastar' sudah pun kembali bersiaran Sabtu lalu, 20 Jun 2020 selepas hampir 3 bulan terhenti bagi mematuhi Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang diwajibkan kerajaan Malaysia pada Mac lalu.
Bagi yang dah menontonnya sudah tentu perasan siarannya kali ini mematuhi. syrat-syarat prosedure operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh phak berkuasa dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

'Ceria Megastar' diteruskan dengan rakaman awal tanpa kehadiran penonton di studio malah beberapa langkah proaktif demi memastikan keselamatan kesemua yang terlibat dalam produksi diambil.

Antaranya, seperti mensanitasi kesemua kawasan umum, bilik solekan, peralatan muzik dan sebagainya secara berkala. Pelitup muka serta pembersih tangan juga disediakan di studio.


Mengulas tentang kaedah baharu sesi rakaman bagi program Ceria Megastar, Cecilia Wong, Ketua Saluran Astro Ceria berkata,  “Kesemua peserta membuat persembahan di rumah melalui panggilan dalam talian secara lang…