Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DULU KECIK, SEKARANG DAH BESAR, PASTIKAN TONTON 'CERIA MEGASTAR'.


Jika Akademi Fantasia menghimpunkan bintang-bintang juara AF termasuk yang kalah mahu pun yang tersingkir, bakat kanak-kanak yang pernah turut dalam empat program realiti sebelum ini akan turut digabungkan untuk bertanding melalui 'Ceria Megastar.'

Ya... mulai esok (Jumaat 2 Mac) anda yang mahu menyaksikan perkembangan anak-anak yang pernah bertanding harus pastikan berada di hadapan tv pada jam 9 malam dan 'tune' ke siaran "Ceria Megastar"  melalui saluran Astro Ceria (611) yang turut dipancarkan serentak di Astro Prima (saluran 105), Astro Maya HD (saluran 135) dan di platform digital, Astro GO. 

Ada yang dah besar panjang pun malah vokal pun dah berubah dewasa!

Ya, 18 peserta terbaik daripada empat program realiti pencarian bakat di Malaysia iaitu ‘Ceria Popstar’, ‘Ceria All Stars’, ‘Ceria i-Star’ dan ‘Bintang Kecil’, bakal bergabung dan beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat masing-masing dalam  program 'Ceria Megastar'.


“Buat julung kalinya, kami di Astro Ceria membuka pintu kepada bakat-bakat hebat yang lahir daripada empat program pencarian bakat cilik popular tanah air – ‘Ceria Popstar’, ‘Ceria All Stars’, ‘Ceria i-Star’ dan ‘Bintang Kecil’ untuk berada di satu pentas utama dan sekali lagi mempertaruhkan bakat masing- masing demi merebut gelaran ‘Megastar’, ujar Marissa Hanafi, Penolong Naib Presiden Segmen Kanak-Kanak & Remaja sewaktu majlis pelancaran program Ceria Megastar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, bagi menjayakan program ‘Ceria Megastar’ pihaknya telah menjemput semua peserta terbaik daripada setiap program tersebut untuk hadir ke sesi ujibakat tertutup yang telah di adakan di Astro sebelumnya..

"Dari situ, kita menilai semula bakat yang dipersembahkan oleh setiap peserta dan mengabmbil kira faktor-faktor seorang ‘bintang’, terutamanya aura seni yang terbit dari dalam diri mereka. Justeru itu, barisan 18 peserta ‘Ceria Megastar’ ini merupakan mereka yang terbaik dalam kalangan terbaik," tambah Marissa.

Daripada 18 peserta berenaan yang berusia dari 8 hingga 20 tahun, turut ditampilkan seorang perserta dari Jakarta, Indonesia, Syifa, 9, (yang paling muda). Syifa merupakan  juara program ‘Ceria i-Star 2017’.


Program yang bersiaran sebanyak 10 episod,  berdurasi selama 1 jam bakal menyaksikan persembahan peserta yang  tidak terhad pada bakat nyanyian semata-mata tetapi juga bakat bercerita, bermain alat muzik, kebolehan menghasilkan lukisan menerusi semburan cat dan juga bakat dalam seni mempertahankan diri.an sudah tentu persembahan mereka akan dinilai juri tetap profesional, Datuk Aznil Haji Nawawi dibantu pelawak, pelakon dan penyampai radio popular, Johan. Malah setiap minggu mereka turut disertai juri jemputan.

Seperti musim terdahulu, tugasan sebagai pengacara diserahkan ke bahu pelawak, pengacara dan pelakon popular, Nabil Ahmad.

Siapa agaknya  peserta terbaik daripada yang terbaik ini mampu menggondol hadiah juaa seraya membawa pulang wang tunai RM 20,000.00 dan sebuah trofi manakala hadiah Saguhati untuk 3 finalis akhir adalah- RM 5,000.00 dan sebuah trofi .
Yang terlibat terdiri dari: Syifa, 9, Aniq, 12, Chubb-E JoMeGo, 19, Hazury, 13,  Marsha, 18, Warissa, 15,  Nana,12,  Fikiry, 14,  Kashika,10,  Sheikh-Baseer, 16,  Hazriq, 11, Dayang, 18, Iqbal, 18,  Jun, 16,  Iqmal Fikry,18, Alyssa, 10, Rezza,16, dan Vanessa 18 tahun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan