Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FESTIVAL BORNEO ANTARABANGSA KINI DI SURIA KLCC HINGGA 14 JUN

PIX Kredit: Megatz.
Kementerian Wilayah Persekutuan bersedia mempertimbangkan cadangan mewujudkan ‘Borneo Street’  di Kuala Lumpur sebagai pusat perniagaan bagi memperkenalkan budaya dan produk hasil bumi Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Khalid Abdul Samad memberitahu, cadangan tersebut dikemukakan oleh Persatuan Warisan Sabah Sarawak di Kuala Lumpur dan Selangor di mana beliau masih menunggu kertas cadangan rasmi daripada pihak berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.

“Kementerian masih belum menerima cadangan rasmi daripada pihak persatuan berkenaan namun bersedia mempertimbangkannya untuk dibincang mengenai konsep, lokasi dan sebagainya,” kata Khalid pada sidang akhbar pelancaran Festival Borneo Antarabangsa 2019 yang berlangsung di Suria KLCC petang semalam.

Turut hadir, Pengerusi dan Penasihat Persatuan Warisan Sabah Sarawak di Kuala Lumpur dan Selangor, Dr. Lawrence John (pix bawah; kiri), Pengerusi Suria KLCC Sdn Bhd, Datuk Hashim Wahir (dua dari kiri) dan CEOnya, Andrew Brien (kanan).


KHALID menerima cenderahati dari dua warga emas orang Penan.
Tambahnya, Borneo Street akan menghimpunkan peniaga anak negeri Sabah dan Sarawak untuk mengkormersialkan produk yang mempunya keunikan kepelbagaian etnik di dua negeri berkenaan kepada penduduk tempatan dan pelancong di Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan produk serta mengenali budaya dari negeri Semenanjung Timur itu boleh berkunjung ke Suria KLCC di mana berlangsungnya Festival Borneo Antarabangsa 2019 bermula semalam (12 Jun) hingga 14 Jun ini.

“Ini merupakan penganjuran kali ke tiga diadakan di Suria KLCC dan kami berharap festival ini dapat terus memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengenali secara lebih dekat seni budaya kedua-dua negara Sabah & Sarawak,” ujar Andrew Brien.

Pelbagai aktiviti disediakan dengan kemuncak persembahan berupa pertunjukan fesyen oleh 12 pereka fesyen ternama kedua buah negara berkenaan bagi merebut gelaran ‘Borneo Designers Award’.


Pereka-pereka fesyen berkenaan terdiri daripada Hardi Roman, Marcel Gatisi, Amythen Chiew Phin, Recheal Binti Paul, Joanna Jane, Dexter Dylen Dunstan, Ahmad Fikri Gompul, Lo Teck Hua, Melanie Dewok atau Bidayuh, Dorothy Anak James, Deasy Divinne Juanis dan Ahzwansyah Ahmad.

Hanya tiga pereka fesyen terbaik akan berpeluang mempersembahkan koleksi mereka pada pertunjukan fesyen yang akan berlangsung di London akhir tahun.

Kesemua koleksi rekaan eksklusif yang dipersembahkan dalam pertunjukan fesyen turut dijual terus kepada pelanggan yang berminat.

Turut diadakan peraduan mencari ‘Miss & Mister Ambassador 2019’ malah bagi mereka yang mahu melalui cabaran memakan 'ulat sago' boleh juga mencubanya.


“Ulat sago” atau “Butod’ ini merupakan antara makanan tradisi di kalangan masyarakat etnik Borneo malah antara punca pendapatan mereka.

 
Ulat hidup-hidup ini dikatakan mempunyai rasa lemak berkrim tofi malah mengandungi zat protin yang tinggi.

Nak cuba bolehlah segera ke Suria KLCC ya…jangan lambat sebab tarikh akhir hanya tinggal dua hari lagi ya.

Info lanjut untuk waktu persembahan aktiviti dan sebagainya sila KLIK SINI.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan