Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

XSCALAR SERVER BUATAN MALAYSIA PERTAMA KOS EFEKTIF HASIL IPSB


Bagi firma besar dan mereka yang berkecimpung dengan industri teknologi pastinya penggunaan pelayan komputer (server) amat penting untuk mencapai kejayaan optimum dalam produktiviti perniagaan masing-masing.

Dan sekiranya anda sedang mencari sebuah pelayan komputer pada kos efektif barangkali ‘Xscalar’, hasil inovasi syarikat IPSB Technology (IPSB) adalah jawapannya.

Baharu sahaja dilancarkan sempena majlis Rumah Terbuka  dan ulang tahun ke 10 IPSB di Pusat Konvensyen Sime Darby baru-baru ini,  ‘XSCALAR’ adalah  produk pertama  buatan Malaysia merupakan perisian yang ditakrifkan dengan pengkomputeran berskala terbuka.

XSCALAR menawarkan pelbagai server yang telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan terperinci serta ujian intensif untuk menyampaikan sesuatu yang berinovasi.

"Kami berada di zaman transformasi digital dan pengkomputeran awan dan ke arah pembelajaran AI dan pembelajaran Machine. Oleh kerana pelanggan dan perusahaan mencari penyelesaian yang kos efektif, kami mengumpulkan pakar tempatan yang berbakat untuk sama-sama menghasilkan produk “whitebox” yang ditakrifkan perisian. Inilah sebabnya mengapa kami kini mempunyai Xscalar ," ujar Encik Nasir Baki, Pengarah IPSB Technology kepada media.
Turut hadir,  Naib Presiden Jualan IPSB, Mardhiah Nasir.
Tambah Encik Nasir, IPSB berbangga dapat mengumpulkan para graduan yang berbakat dari universiti tempatan untuk menjadikan mereka sebahagian daripada pasaran global.
 “Kami berbangga dapat mengambil individu yang berinovasi dan sedia untuk memasarkan produk yang sedia ada. Kami mengambil cabaran ini untuk menggembangkan industri teknologi dengan bakat tempatan,” sambung Nasir.
Menurut beliau, XSCALAR merupakan produk buatan Malaysia yang dihasilkan bertujuan untuk merapatkan jurang dalam menyediakan organisasi tempatan serta pelanggan IPSB dengan perkakasan tempatan dengan piawaian antarabangsa pada kos yang dikurangkan.
Visi IPSB adalah menjadi penyedia penyelesaian global terkemuka dengan menggabungkan kemahiran dan teknologi untuk masa depan yang mampan. 
Pada 2017, IPSB  memulakan kerjasama dengan Dana Fasilitasi TERAJU dan dalam usaha untuk keusahawanan tempatan, pasukan R & D telah menghasilkan whitebox server mereka sendiri yang tersedia sebagai server perkakasan yang berdiri sendiri atau dengan IPSB Managed Services. 
Ketika ini, IPSB mempunyai perkongsian strategik dengan syarikat ICT Teknologi Tempatan dan Syarikat Multinasional antaranya seperti Petronas, Media Prima, RTM, Air Asia, Astro serta Radio Televisyen Brunei (RTB) dan MNC (Indonesia). 
“IPSB juga menyediakan penyelesaian untuk kedua-dua Big Data dan Media Digital,” jelas Mardhiah Nasir menyambung penjelasan Encik Nasir.
Dalam tempoh berakhir 2019, IPSB mensasarkan kira-kira 10 pelanggan tetap yang menggunakan perkhidmatan mereka.
“IPSB berharap dengan teknologi terbaharu ini, pelanggan terutamanya pemilik perniagaan dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka pada masa hadapan,” tambah Mardhiah.

Menurutnya lagi, XSCALAR menawarkan pelbagai pelayan yang telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan terperinci serta ujian intensif untuk menyampaikan sesuatu yang berinovasi.

XSCALAR bertujuan untuk merapatkan jurang dalam menyediakan organisasi tempatan serta pelanggan perusahaan dengan perkakasan tempatan dengan piawaian antarabangsa pada kos yang dikurangkan. 
Dengan lebih daripada 11 tahun kepuasan pelanggan dari IPSB, kami berharap untuk mencapai kecemerlangan dengan perkongsian strategik juga,” Mardhiah yakin. 

XSCALAR boleh digunakan di dalam semua industri seperti media & hiburan, pendidikan, pengangkutan, penjagaan kesihatan, minyak & gas dan banyak lagi. 
Faedah XSCALAR meliputi: 

●  Penyesuaian perkakasan
●  Berskala 
 ●  Prestasi pada kos yang dikurangkan 
 ●  Perkhidmatan profesional (termasuk penilaian khusus untuk memahami keperluan anda).
Untuk platform data yang besar, XSCALAR membantu dengan sistem pengarkaran storan perusahaan, menjadikan penyelesaian ladang dan infrastruktur yang bersatu padu. 
Dan sebaliknya, untuk platform media digital, XSCALAR membantu pengurusan aset digital dan penyelesaian penstriman audio. 
Info lanjut ikuti IPSB Technology di:  Laman sesawang: Instagram: Facebook: LinkedIn: 
www.ipsb.com.my www.instagram.com/ipsbtechnology www.facebook.com/IPSBTechnology www.linkedin.com/company/ipsbtechnology 
Majlis rumah terbuka IPSB turut diserikan dalam suasana kampung dengan hiasan rumah ala P.Ramlee lengkap dengan barang hiasan lama.

Sudah tentulah kalangan tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang merakamkan foto masing-masing termasuklah Kak Fas hihi....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan